Ceramah percuma yang berlaku di kedai kopi batu 5,katanya beliau suka memperingati agar berhati-hati dengan topeng masa kini.Hanya bertegur memberi salam beliau duduk se meja lalu beleter dengan bahasa perantaraannya 'Banjar'.Tajuknya lebih kepada ketidak puashati dengan orang alim ulamak lalu ULASAN #Pbr lebih kurang dibawah:
Nabi SAW menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil tentang agama dan ada pula orang aIim yang fasik.Sebenarnya syaitan telah berusaha sedaya mungkin untuk menyesatkan manusia.Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan.
Bagi si jahil ttg Agama sudah tentu syaitan selalu menyuruhnya melakukan dosa yang terangan haram.Bagi si Ahli Agama yang tinggi ilmunya sudah tentu berlainan cara dengan si jahil ttg Agama.Bagi yang alim yang fasik mereka menyediakan kaedah berlain seperti menjual agama demi kepentingan politik.Mereka menyediakan rumusan yang rumit atau ulasan memutarbelitkan hadis-hadis bagi mencapai matlamat.
Bermodalkan hadis,surah,syuraga,neraka,halal dan haram mereka berjaya mendominasikan cara fikir umat Islam tanpa membolehkan para intelek ini menyoal kembali kesahihan, keburukan atau kebenaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh Golongan ini. Sesungguhnya taktik licik syaitan yg menghasut ini pasti akan berjaya mematikan daya fikir umat islam di negara ini.ini boleh memudaratkan iltizam dan wawasan negara untuk mencapai sesuatu negara islam yang maju.Sebenarnya mereka ini tahu apa yang salah dan apa yang benar.Sejauh mana pun kebenaran yang itu dicapai golongan ini akan cuba sedaya upaya untuk manipulasi agar kebenaran itu bertukar menjadi kesalahan dan apa yang lebih menyedihkan bila sesuatu kebenaran itu dijadikan suatu label 'Fitnah atau propaganda'
Sesuatu yang baik tidak mahu diterima atau didengari hanya sifat 'menentang atau provokasi'yang mereka amalkan untuk menerima sesuatu berita kebaikkan.Sikap Golongan seperti ini sudah berada di serata malaysia dan mereka berjaya menanamkan gaya atau cara pemikiran tersebut.Golongan ini lebih gemar berbalah diantara saudara mereka sendiri berbanding musuh yang dikenali.Sepanjang pemerhatian #Pbr disini Golongan ini sentiasa mempolitikkan apa sahaja di mana saja tidak langsung dikira batas.Tidak cukup dengan perkara diatas golongan ini akan sentiasa berusaha untuk memecah belah kan umat islam dengan bersungguh tanpa kenal putus asa.Rumah Allah salah 1 tempat yang sarat dengan perbalahan dan perkauman sesama saudara.Maka harus ada kesedaran untuk menilai seseorang ulama itu sendiri dengan keperibadian yang bersih dari segala aspek bagi mengelak kekeliruan kita pada hari ini dengan itu hindarilah Golongan yang alim fasik ini bagi kesejahteraan untuk menikmati negara islam yang maju.
Cerita kedai Kopi di batu 5
No comments:
Post a Comment