Sukar rasanya menulis tentang agama risau tersilap atau dikilas si politikus yang cerdik akal nya.Maka #Pbr hanya mengingatkan kembali isu berkenaan murtad di Malaysia.Diharap anda dapat menilai sendiri tahap kebimbangan kita iaitu umat islam di negara kita ini.Tidak cukup dengan isu penghinaan Islam kita juga diiringi dengan kes murtad yang tidak kurang hebatnya.
Mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 seramai 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.Dari tahun 1989 sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja ya di Kuala Lumpur sahaja.Dari tahun 1997 hingga tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.Isu sebegini sebenarnya sangat serius. Serius sehingga anda akan berasa sangat terkejut kalau anda seorang yang bersensiviti tinggi terhadap Islam.
Pada Tahun 2005 Mengikut dari jabatan statistik 50,000 remaja Melayu di Lembah Klang sedang membuat permohonan untuk murtad.Tanpa perlu mengikuti statistik sehingga ke tahun 2012 yang angkanya sangat banyak dan membimbangkan.Apa yang terfikir Sudah hina sangatkan agama Islam hari ini? Kalau lihat pada keadaan sekarang ini,agama Islam itu sendiri digunakan untuk kepentingan politik dan apa kenyataan #Pbr ini berunsur fitnah?Sejauh mana lontaran ini benar?.Golongan-golongan ini mengunakan agama untuk kepentingan mereka dan menggunakan Islam sebagai platform untuk meraih sokongan dengan erti lain 'undi'.
Contoh/Fakta :
Aisyah bokhari adalah salah seorang individu yang terlibat didalam kes tersebut
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya.Dihantar ke sekolah agama pencapaian cemerlangnya beliau layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar jika mahu.Latar belakang Bapa nya ialah IMAM dan Datuknya juga seorang IMAM.Tanggal 19 Nov 1997 Bapanya telah dikejutkan dgn kenyataan anaknya iaitu:
'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'
Perkara-perkara seperti ini merupakan antara punca masyarakat khususnya anak muda menilai Ahli-ahli agama mereka.Tidak dinafikan jalan yang dibuka oleh ahli agama itu sendiri dengan tiket 'DEMOKRASI'#Pbr hanya berpendapat strategi ini hanyalah untuk meraih undi semata tetapi jalan yg dibuka itu diguna pakai oleh saudara sendiri.Apa Agama mudah dijual beli?Mengapa bila terjadi kes ini hanya mengeluarkan pendapat peribadi?Tidak cukup dengan itu ahli agama atau pendakwah bergaduh sesama sendiri dan berperang menuding jari.Ini jalan penyelesaian yang membimbangkan.
Persoalan untuk "Ancaman Kristianisasi" ini siapakah diantara dalang yang membuka atau memberi laluan kebebasan untuk keluar Islam? Ibarat pepatah melayu 'sudah mengantuk disorongkan bantal'.Ya ini Demokrasi.Bebas memilih Agama apabila mencecah berumur 18 tahun termasuk Melayu sendiri.Berapa banyak lagi hanya 'pendapat peribadi'sahaja untuk tindakan? Sejauh mana kesan pendapat peribadi ini? Mohon lakukan sesuatu dan bukan lagi 'Pendapat Peribadi yang bertujuan untuk menarik dan meraih UNDI yang datangnya dari bukan ISLAM.Dan ini bukan soal politik ini soal Akidah seseorang pemimpin tersebut.Jika terkena batang hidung sendiri anda akan rasa malah lebih-lebih lagi di
No comments:
Post a Comment