Nuffnang

Thursday, November 22, 2012

DIMURTADKAN


Hakikatnya Umno memang tak banyak berubah asyik dengan laporan polis laporan polis dan tak henti-henti berjuang untuk bangsa yang layu iaitu melayu,kesian bila tengok pejuang-pejuang diatas sibuk sangat nak memartabatkan bangsa melayu dan agama tuan rumah di Malaysia ni.
Kali ini ternampak mereka membuat laporan polis tentang isu menteri kelantan yang sangat ISLAMIC itu yang menyatakan ahli umno semuanya MURTAD.Ini mereka marah bak kata pepatah melayu 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' (mungkin).Bila ditanya sinis kepada cikgu tie (jika tak silap saya) mengenai DOA MENGHANCURKAN ahli umno dia menjawab 'takpala Allah ada' lagi hakikat orang umno mereka ini langsung bukan bangsa yang melawan seperti mana parti pembangkang.
Bila difikir balik pada tahun 1999 parti PAS dah mula agresif dengan kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap ekstrem seperti "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.Betapa tegas kenyataan beliau sehinggakan terlupa dengan perjuangan lama yang dahulu yang memerah keringat untuk memerdekan Malaysia.

P/s: Yang tersepit ialah penyokong tegar Pas yang cintakan perjuangan asal Pas dan akar umbi yang mahu pemimpin Pas lebih tegas dalam menunjukkan hala tuju parti itu.
FAKTA: Pada PRU Ke-12 pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu Pas merupakan penyumbang tercorot iaitu 23 kerusi berbanding DAP 28 dan PKR 31.

No comments:

Post a Comment