Nuffnang

Friday, July 11, 2014

@mparitbuntar sokong LGBT (AKHIRNYA TERBUKTI PAS Sokong LGBT) Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional LINDUNGI LGBT

Temubual Mujahid, MP Parit Buntar dengan Malaysiakini a.k.a SorosKini

1. sekali harung video bual bicara berkenaan pada asalnya kita lihat macam tak ada apa yang pelik, tetapi kalau kita teliti betul-betul tengok banyak kali  PRAP!! Ada sesuatu yang tidak kena. Persoalannya bermain kat Kepala otak PBR kena si Mujahid betul-betul mahu memberi pengiktirafan terhadap golongan LGBT ini? 

2. kenapa perlu Mujahid memberi pengiktirafan sebegini kepada golongan berkenaan? makin  nampak sikap liberal Mujahid. kita boleh nampak sikap JELAS liberal Mujahid dalam kenyataan beliau  berkaitan draft undang-undang keharmonian nasional dan rekonsiliasi.

3. Jika anda bersetuju dengan kenyataan Mujahid, anda akan mendapati diri anda tergolong dalam kumpulan liberal yang mendukung LGBT ini. mungkin bagi orang bukan Islam melihat apa yang dinyatakan oleh Mujahid itu adalah kebenaran tetapi harus di ingatkan bahawa secara tidak langsung mengiktiraf golongan terbabit. perlukah nanti dalam borang pemohonan perlu disediakan ruangan khas untuk golongan ini. tidakkah jika pekara itu terlaksana pada masa mendatang pemikiran liberalism akan terus mekar subur dan lama kelamaan secara automatiknya kita akan mengiktiraf LGBT .Adakah kita mahu perbuatan golongan LGBT ini di terima secara halus?


4.Malaysia tidak pernah mengiktiraf golongan LGBT apalagi membenarkan segala perlakuan menjurus ke arah itu berkembang biak di negara ini.Sebagai seorang pemimpin PAS yang mengaku pejuang Islam , Mujahid seharusnya menjadi penentang kepada dasar tersebut di dalam MKPN.Seharusnya MKPN perlu lebih peka dalam soal ini dan bijak menanganinya Kalau diikutkan kes golongan ini sudah lama berlaku namun tidak pernah sekalipun mana-mana pihak memberikan pengiktirafan sebegini rupa.

5.Sebaiknya MKPN dan Mujahid harus mencari kaedah serta ruang yang lebih khusus dengan mencari jalan untuk mengembalikan golongan ini kepada dunia realiti.Bukan dengan terus memberikan pengiktirafan berdasarkan mereka itu adalah LGBT. Walaupun pengiktirafan yang diberikan itu difokuskan kepada ruang lingkup hak mereka dalam bidang pekerjaan tetapi secara tidak langsungnya golongan terbabit sudah pun mendapat pengiktirafan daripada mereka yang mengaku bijak pandai di MKPN.Paling menarik keputusan itu bukan sahaja disokong malah dipertahankan oleh seorang pemimpin daripada PAS Mujahid Yusof Rawa, MP Pilihan Rakyat Parit Buntar.













No comments:

Post a Comment