Nuffnang

Thursday, July 10, 2014

@Proframa menngancam keamanan & keselamatan negara -TS Zaman Khan @APrerkini @Utaranews

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan semalam telah tampil membuat laporan Polis susulan kenyataan berunsur hasutan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 2 P.Pinang, P Ramasamy berkenaan isu tragedi 13 Mei.

Tan Sri Zaman ketika ditemui selepas membuat laporan tersebut memberitahu kepada pihak media bahawa tindakan yang dilakukan oleh Ramasamy adalah satu perkara yang merbahaya dan dikhuatiri boleh mengugat kesejahteraan rakyat di negara ini.


Dalam kenyataan itu, beliau turut berkata bahawa sebagai seorang rakyat yang prihatin dan sayangkan negara, beliau tidak boleh menerima tindakan subversif sebegini kerana beliau (Ramasamy) sebagai seorang wakil rakyat seharusnya lebih peka dan tidak mengeluarkan kenyatan yang boleh mengancam rakyat.

"Kenyataan Ramasamy ini dilihat sebagai satu tindakan subversif yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara dan tidak patut dinyatakan oleh seorang wakil rakyat. Saya membuat laporan ini sebagai warganegara yang prihatin supaya polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Hasutan 1948 terhadap beliau," ujar beliau kepada pemberita.
Ketika diminta mengulas tentang kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan tragedi 13 Mei baru-baru ini, Tan Sri Zaman berkata bahawa tindakan tersebut tidak salah kerana Muhyiddin dalam kenyataannya itu menasihatkan agar rakyat bersatu padu agar tragedi berdarah sebegitu tidak berulang kembali.

"Kenyataan Muhyiddin itu sama sekali tidak bermaksud menimbulkan huru-hara sebaliknya sebagai peringatan kepada semua rakyat agar terus kekal bersatu dan mempertahan keharmonian negara dan semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang membabitkan isu sensitif seperti perkauman dan agama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku." tambah Tan Sri Zaman lagi.

Mengulas lanjut isu ini, Ramasamy dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini  bertindak mencabar Muhyiddin untuk membawa tragedi 13 Mei kembali untuk membuktikan bahawa pihaknya tidak gentar disamping mahu menyalahkan kerajaan jika ianya tercetus.

"MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu (Muhyiddin) mahu kembalikan insiden 13 mei, bawalah. Jangan cakap sahaja. Setiap masa cakap pasal 13 Mei.. 13 Mei. Cetuskanlah 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 Mei," ujar beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini." ujarnya kepada media baru-baru ini.
SUMBER : UTARANEWS

No comments:

Post a Comment