Nuffnang

Wednesday, October 2, 2013

Pilihanraya Kecil Sungai Limau-Calon PAS anak Almarhum Ustaz Azizan?



Setiap DUN dan Parlimen di Malaysia ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. DUN Sungai Limau atau nama lamanya, DUN Sala juga sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri. Ini merupakan DUN yang menjadi kubu kuat keluarga Allahyarham Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Pesuruhjaya PAS Kedah yang meninggal dunia beberapa hari lepas.Sebelum Allahyarham Azizan, ADUN Sala atau sekarang ini Sungai Limau adalah Allahyarham Ahmad Awang, berpangkat bapa saudara Azizan. Selepas Azizan menang pada tahun 1995, kerusi tersebut dipegang oleh PAS selama lima penggal berturut-turut.





Pada PRU13 yang lalu, pencabar terkuat Allahyarham Azizan adalah Mohd Fazilah Mohd Ali dari UMNO-BN yang merupakan anak saudaranya. Tiada sebarang kempen dilakukan oleh Azizan sepanjang PRU13 lalu untuk kemenangan di Sungai Limau. Begitu juga dengan Fazilah sebagai menghormati bapa saudaranya.

Selepas menang, Azizan menyerahkan tanggungjawab menguruskan Sungai Limau sebagai wakil rakyat kepada Fazilah.

Ikatan kekeluargaan di Sungai Limau begitu kuat dan utuh. Undi diberikan kepada Azizan Abdul Razak kerana keluarga.

Dan faktor itu, sangat disedari oleh Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Dek kerana itulah, Mukhriz awal-awal lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO-BN telah menyenaraikan tiga nama yang merupakan anak tempatan dan mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Mukhriz cuba menyatakan bahawa ketiga-tiga calon berkenaan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Azizan Abdul Razak atau lebih tepat lagi, dari kalangan ahli keluarga Azizan.

Azizan sendiri semasa hayatnya pernah memberitahu bahawa permusuhannya dengan UMNO hanyalah bersifat politik dan bukan untuk memutuskan silaturrahim.

“Keluarga saya ramai Umno, orang Umno pun keluarga saya. Soal perbezaan kita hanya dari segi politik, bukan sampai putus silaturahim. Saya belajaq sampai ke England,  orang Umno yang sara. Pak Teh Mat (Allahyarham Ahmad Awang @ Penghulu Mat, bekas Adun BN Sala) tu pak menakan (saudara) saya.”

Bukan rahsia lagi bagaimana dalam PAS Kedah sekarang ini sedang bergolak teruk untuk memilih wakil-wakil atau proksi kumpulan masing-masing untuk dijadikan calon PAS DUN Sungai Limau. Mat Sabu sudah pun menyatakan yang dia sendiri ingin bertanding di DUN Sungai Limau bagi membalas dendam kekalahannya di tangan Othman Abdul di Pendang pada 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, sudah ada yang menyatakan dan mempromosi nama IZZATUL ISLAM AZIZAN yang merupakan salah seorang daripada 14 orang anak Azizan untuk dijadikan calon mewakili PAS di DUN Sungai Limau.

Nama Izzatul Islam Azizan mula diperkatakan apabila dia menjadi imam solat jenazah bapanya pada 26 September lalu di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena di mana berlaku kekecohan apabila beberapa orang pengikut PAS memaki hamun Tun Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir yang diberikan keistimewaan menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham Azizan.

Adakah Izzatul Islam akan bersetuju dengan cubaan puak-puak PAS yang sebelum ini begitu KURANG AJAR terhadap Azizan dengan menyatakan, KAKI AZIZAN MEMANG PATUT DIPOTONG KERANA KHIANAT PADA PERJUANGAN PARTI tidak lama dahulu?Atau Musodak Ahmad yang pernah mencetuskan kontroversi dan kalah di DUN Guar Chempedak pada PRU13 akan dinamakan sebagai calon PAS DUN Sungai Limau?


No comments:

Post a Comment