Calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan panggilan AzwanBro dikalangan Pemuda Umno, kini giat mempromosikan diri beliau menerusi ruang siber termasuklah Facebook dan juga Twitter.
Anak muda kelahiran Perak ini sememangnya terkenal di negeri tersebut memandangkan beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda Negeri Perak dan sedikit sebanyak membantu UMNO serta Barisan Nasional mempertahankan Perak dari tewas ditangan pembangkang pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.
Anak muda kelahiran Perak ini sememangnya terkenal di negeri tersebut memandangkan beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda Negeri Perak dan sedikit sebanyak membantu UMNO serta Barisan Nasional mempertahankan Perak dari tewas ditangan pembangkang pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.
Sewaktu kunjungan Khairul Azwan ke Pulau Pinang beberapa hari lalu, beliau menegaskan bahawa generasi baru kini lebih bergantung kepada berita di ruangan internet. Maka dengan itu, beliau juga memilih untuk "beramah mesra" dengan golongan muda melalui medium tersebut.
Walaupun begitu, Khairul Azwan berkata beliau tidak meminggirkan kaedah lama iaitu untuk turun menemui ahli Pemuda di peringkat akar umbi. Tegas beliau, kempen online merupakan kaedah terbaik pada masa kini namun usaha mendekati setiap ahli pemuda di peringkat bawahan juga tak boleh dipandang sepi.
Bagi kempen pemilihan kali ini, Khairul Azwan mempertaruhkan kredibilitinya sebagai seorang akauntan berjaya dari Cardiff Universiti serta kemampuannya menerajui Perak FA sebagai Timbalan Presiden.
Selain itu, kelebihan anak muda ini didalam menerajui beberapa Syarikat besar di utara tanahair dilihat mampu menyerlahkan sifat kepimpinan beliau yang dianggap berupaya membantu YB Khairy Jamaluddin dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk melangkah lebih jauh lagi.
Malah menurut kebanyakan pemerhati dikalangan Pemuda, Khairul Azwan Harun atau AzwanBro ini adalah merupakan "darah daging" UMNO dan tidak pernah sesekali berpaling daripada perjuangan parti tersebut.
Ini adalah elemen penting untuk seseorang calon yang mahu menjawat jawatan kanan didalam Pemuda kerana Pemuda merupakan pelapis kepada kepimpinan sedia ada. ~ UtaraNews.com
No comments:
Post a Comment