Nuffnang

Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts
Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Kenyataan RASIS @nameweemusic cipta kebencian maki hamun @zahid_hamidi ? @PDRMsia @Huan2u @tunfaisal @KBAB51


Namewee cetus provokasi lagi. Kini video berdurasi 0.22 saat itu viral di media sosial.terutamanya di fan page Facebook pro-pembangkang. Tak usah di sangkal lagi, individu yang dimaksudkan oleh Namewee dalam video berkenaan merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, DS Zahid Hamidi. Namewee bersungguh-sungguh menghetam DS Zahid Hamidi dengan mengelar DS Zahid Hamidi  anak Indon dan seterusnya mendakwa DS Zahid Hamidi seorang yang Rasis ditmabah pula dengan maki hamun carutan.

Apa yang penting sekarang ini  pihak Polis harus mengambil tindakan tegas terhadap Namewee. sisasat siapa dalang dibelakang Namewee. Namawee tidak akan bergerak beseorangan. Jangan Pula selaps ini panggil dan kemudian tutup kes, Ini bukan pertama kali, Penyanyi Rap yang pernah menimbulkan kontrovesi dengan nyayian lagu yang diubah suai "NegaraKuKu" ini.

Malaysia tak perlu rakyat yang biadap dan kurang ajar seperti Namewee

Saturday, August 1, 2015

Biodata Profil TPM @zahid_hamidi . @APterkini @tunfaisal @huan2u @drnovandri


Biodata Profil Ahmad Zahid Hamidi. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

Beliau, yang turut kekal sebagai Menteri Dalam Negeri dalam barisan Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang diumumkan hari ini, telah juga menyandang beberapa jawatan lain dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Berkelulusan PhD-Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Zahid, 62, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak, mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sekarang sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013. Biodata Profil Ahmad Zahid Hamidi.