Nuffnang

Showing posts with label sembahyang dalam komuter. Show all posts
Showing posts with label sembahyang dalam komuter. Show all posts

Friday, June 6, 2014

Subahanallah, solat subuh dalam gerabak komuter

Menunaikan solat adalah kewajiban bagi setiap Muslim, namun kerana kesibukan dan pergerakan yang tidak menentu, solat wajib dilaksanakan dalam keadaan darurat sekalipun.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga penumpang pengangkutan awam komuter di Indonesia. Beliau tanpa rasa keluh kesah telah menunaikan solat subuh di atas gerabak komuter tersebut.

Foto beliau menunaikan solat juga tersebar di sebuah laman sosial, Path.

"Subahanallah, solat subuh dalam gerabak," tulis salah seorang penumpang komuter yang dikenali sebagai Onne Nurmalita di dalam akaun Pathnya.