Pages
Nuffnang
Showing posts with label raja bomoh. Show all posts
Showing posts with label raja bomoh. Show all posts
Monday, March 17, 2014
Jika berlebih lagi Raja Bomoh mahu Saman @anwaribrahim 300 Juta @APterkini @khairykj
Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menggunakan isu ‘Raja Bomoh’ ketika berceramah di Kajang menimbulkan kemarahan Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Menurutnya tindakan tersebut tidak wajar kerana walaupun pilihan raya ini bagus namun jangan menggunakan namanya untuk meraih populariti.
Ibrahim turut mendakwa, Anwar adalah jenis ‘kacang yang lupakan kulit’ kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.
Friday, March 14, 2014
Raja Bomoh Mahu "Tampar Buaya" @khairykj ? Bagaimana Pula @anwaribrahim ? Jangan double standard tok
RAJA Bomoh mahu tampar Khairy Jamaluddin macam buaya dan CABAR Khairy letak jawatan sebagai menteri dan dia juga akan letak jawatan sebagai MAHAGURU
Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab. Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.
“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya. Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.
Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.
“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.
Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
