Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan salah guna kuasa seorang pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri , Saudara Rafizal dalam kenyataannya kepada pihak media menyatakan bahawa mereka telah mempunyai cukup bukti serta dokumen bagi menguatkan laporan yang di buat.