Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas bekas pemimpin pelajar Adam Adli Abdul Halim, setelah didapati bersalah atas tuduhan hasutan.Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah berkata pihak pendakwa telah membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.
Adam Adli dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah selepas pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.Terdahulu, peguam Adam Adli, Latheefa Koya dalam mitigasinya berkata ia adalah kesalahan pertama Adam Adli yang masih belajar undang-undang di sebuah kolej swasta.Pesalah pertama di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan membawa hukuman denda maksimum RM 5,000 atau maksimum tiga tahun penjara.