Nuffnang

Showing posts with label Mujahid yusof rawa. Show all posts
Showing posts with label Mujahid yusof rawa. Show all posts

Tuesday, February 26, 2019

Top 10 isu melibatkan Mujahid Yusof Rawa




10 Isu sensasi melibatkan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri).

SUMBER:

Isu Nisha Ayub dan LGBT
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/461218/saya-minta-maaf-atas-kenyataan-mengelirukan-mujahid
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/08/13/transgender-tandas-oku
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/460514/transgender-tidak-harus-ditindas

Isu ICERD
https://m.kinitv.com/video/66947O74
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/495238/jangan-melampau-buat-andaian-mengenai-icerd-mujahid/amp
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/adu-domba-terhadap-icerd-adalah-fitnah-mujahid-1.777277

http://www.utusan.com.my/berita/politik/icerd-tiada-siapa-mahu-jejaskan-islam-sebagai-identiti-negara-mujahid-1.783367

Isu Menjaga semua agama
https://www.ismaweb.net/2018/07/14/mujahid-pertahan-agama-lain-juga-perlu-dijaga-dipelihara/
https://www.ismaweb.net/2018/07/14/menteri-agama-usah-tafsir-hifzuddin-cara-tak-jelas-muis/
https://www.malaysiakini.com/news/434188

Isu Tabung Haji
http://m.utusan.com.my/berita/politik/mujahid-mahu-saman-individu-burukkan-imej-tabung-haji-1.844731
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dasar-baharu-subsidi-tabung-haji-tidak-munasabah-1.841713
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/135253

Isu kanda-adinda
https://m.malaysiakini.com/news/457649
http://www.utusan.com.my/berita/politik/warkah-dari-cordoba-masih-tidak-berbalas-1.810906
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/512988/warkah-cordoba-mujahid-undang-usikan-pembangkang-netizen

Isu mental koyak
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/macamlah-menteri-agama-ini-bodoh-sangat-mujahid-1.763078
https://www.facebook.com/pengundisedar/posts/1959207704388117

Isu liberalisme
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/28/mujahid-persoal-pembentangan-iksim-label-golongan-liberal-berbahaya/

Isu anak mualaf
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/24/wrong-to-hide-child-in-the-name-of-islam-says-mujahid-on-indira-gandhi-case/
Isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W

https://www.facebook.com/420621651310007/posts/2139375766101245?sfns=mo



Friday, March 16, 2018

Beri Peluang Barisan Nasional Rampas kembali Parit Buntar, Martabatkan Institusi Pendidikan Islam


PARIT BUNTAR 15 Mac - Parit Buntar mempunyai sejarah panjang, lebih 100 tahun sebagai daerah yang terkenal dengan kewujudan institusi pendidikan agama sehingga berjaya melahirkan ramai cerdik pandai dan cendekiawan Islam.

Antara sekolah dan pusat tahfiz terkemuka di sini termasuklah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Al-Tahzib di Titi Serong, Sekolah Menengah Agama Shamsul Maarif Al-Wataniah di Tanjung Piandang, Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Parit Buntar, Tahfiz Alhidayah, Sekolah Menengah Agama Al-Tahzib, Titi Serong dan banyak lagi.


Berpegang kepada sejarah itu, ramai yang berpandangan sudah sepatutnya pembangunan pendidikan agama di Parit Buntar dipertingkatkan lagi martabatnya, tidak sekadar sekolah agama atau pusat tahfiz atau yang bertaraf sekolah pondok sahaja.

Sudah sampai masanya da­erah ini memiliki sebuah institusi pendidikan Islam bertaraf lebih tinggi, paling tidak seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab ataupun yang bertaraf kolej.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan daerah ini amat wajar jika diwujudkan sebuah universiti khusus dalam bidang pendidikan Islam.

Seorang penduduk, Rosly Hassan, 58, menyambut baik jika kerajaan menimbangkan cadangan supaya sebuah institusi agama yang lebih profesional dibina di Parit Buntar.

Pesara kerajaan itu berkata, berdasarkan pengamatannya, institusi pendidikan seperti (MRSM) Ulul Albab antara yang sesuai diwujudkan.

Katanya, apatah lagi Parit Buntar merupakan satu-satu­nya kawasan di Perak yang tidak mempunyai sekolah berasrama penuh seperti MRSM.

“Perkara ini pernah dibangkitkan, namun ada yang memberi alasan daerah ini dekat dengan MRSM Nibong Tebal, Pulau Pinang yang jaraknya cuma lima kilometer dari Parit Buntar.

“Apa yang membanggakan, walaupun tiada sekolah berasrama penuh di sini, keputusan peperiksaan pelajar di sekolah di sini adalah yang terbaik di Perak kerana latar pendidikan agama pelajarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Rosly, impian masyarakat di sini ialah melihat satu institusi agama terbina dan tidak mustahil ia boleh dicapai jika Barisan Nasional (BN) diberikan kepercayaan untuk memenangi Parlimen Parti Buntar.

Katanya, ini kerana selama dua penggal Parlimen Parit Buntar dimenangi Pas, tiada apa dilakukan wakil rakyatnya untuk meningkatkan lagi perkembangan institusi pendidikan Islam di daerah ini.

“Setelah dua kali kalah, BN perlu merampas semula Parlimen Parit Buntar supaya institusi pendidikan Islam dimartabatkan di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, selama ini pun bantuan kerajaan menjadikan sekolah agama di daerah ini le­bih tersusun dan lengkap dari segi kewangan dan infrastrukturnya.

Katanya, bantuan kerajaan kini menjadikan sekolah agama di sini bukan lagi ‘sekolah untuk orang gagal’ sebaliknya menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka mendapat pendidikan agama.

“Inilah kesan baik apabila ada sekolah agama yang dibantu kerajaan. Gurunya menerima gaji dan diberikan kursus untuk me­laksanakan sistem pendidikan yang lebih berkesan,” katanya.

SUMBER

Monday, December 18, 2017

Mujahid Bangkit Pertahankan DAP! tempelak Hadi Awang


1. Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa menempelak Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas serangan Haji Hadi terhadap DAP yang membuat kenyataan Orang Melayu akan kerugian jika Pakatan Harapan memerintah.

2. Mujahid sekali lagi dilihat cuba memutarkan faktar untuk menafikan sebenarnya PAN adalah sebenarnya balaci DAP, ataupun dengan ayat yang senang difahami Parti Amanah Negara adalah BARUA DAP!.

3.Mujahid yang merupakan Top Dog DAP menepis kebimbangan itu,Mujahid berkata Hadi tidak patut abaikan hakikat bahawa DAP tidak boleh memerintah sendirian dan perlukan izin rakan mereka, iaitu Amanah, PKR dan PPBM.
“Kalau kamu gabungkan ketiga-tiga parti itu, kamu akan dapati orang Melayu merupakan Ahli Parlimen paling ramai dan akan membentuk kerajaan baharu,” katanya.

Mungkin Mujahid lupa bagaimana Pakatan DAP-PAS-PKR berjaya memerintah Perak Selama 11 bulan apa terjadi? dimana Kerajaan Perak sewaktu ketika itu siapa tunjang mereka?

4. DAP Sebenarnya bukan satu parti yang bersih, akan tetapi wakil rakyat Parit Buntar itu mengulas kenyataan Hadi kononnya DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan tidak patut bercita-cita menjadi perdana menteri.
“DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya.
“Malah, untuk pemimpin DAP menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-14 turut becanggah dengan realiti di Malaysia yang mana konsep negara Islam mestilah Islam itu berkuasa” katanya lapor Berita Harian.

5. Mujahid senada dengan  ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim berkata kelakuan Hadi bermain kad agama semata-mata untuk meraih undi. “Mereka terdesak untuk menang, jadi mereka guna agama.”

Tuesday, November 8, 2016

UMNO/PAS amal politik perkauman @mparitbuntar

PETALING JAYA: Sebarang kerjasama PAS-Umno akan hanya menjadi penghalang ke arah mewujudkan suasana politik berbilang, menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Bekas pemimpin PAS itu berkata parti politik merupakan alat paling penting dalam melahirkan politik bebas perkauman.
Bagaimanapun, persekitaran itu sukar dicapai selama mana wujud parti berasaskan perkauman sempit.
“Apa-apa pakatan antara sebuah parti berasaskan kaum dan parti yang dogmatik akan hanya membawa politik ke belakang menuju politik perkauman yang lebih melampau,”
Ahli Parlimen Parit Buntar itu mengulas komen Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, dalam sebuah artikel diterbitkan Sinar Harian semalam.
Bekas ketua pegawai eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global itu berkata, politik kaum yang berleluasa hari ini akibat amalan tawar menawar dan kompromi yang dibuat atas nama kaum, khususnya oleh BN, sedangkan kerjasama berasaskan kaum yang elitis sudah hilang relevansinya dan perlu diubah.
“Jawapan Umno/BN ialah menggantikannya dengan konfigurasi ‘dominan Bumiputera’, iaitu politik ras yang lebih ekstrem.
“Tetapi, jika pakatan Umno-Pas menjadi kenyataan, maka ia berkemungkinan menjadi konfigurasi ‘dominan Bumiputera/Muslim’, iaitu lebih ekstrem lagi,” tulisnya.
Mujahid bersetuju dan berkata negara akan lebih berpecah belah sekiranya pakatan itu berjaya diwujudkan.
“Retorik Umno dan PAS memang selalu berkait bangsa dan agama,” katanya.
“Mereka memang mencanangkan sedemikian untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya menyokong mereka dan mewujudkan kebencian terhadap bukan Melayu.”
Dalam nada sama, bekas dekan Universiti Teknologi Malaysia, Prof Tajuddin Rasdi berkata memperalatkan agama dalam menyemarakkan api perkauman demi kepentingan politik bukan sesuatu yang baru mahupun terhad kepada arena politik sahaja.
“Anda boleh membaca buku ‘Singapore Story’ karangan Lee Kuan Yew,” merujuk perdana menteri pertama Singapura.
“Lee sering menuduh pemimpin tertentu menggunakan agama mengapi-apikan perkauman,” kata beliau yang kini pensyarah senibina di UCSI.
Tajuddin bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan Saifuddin yang mengatakan ketegangan kaum di Malaysia berpunca daripada agenda parti politik tertentu.
Sebaliknya, beliau menyalahkan sistem pendidikan agama yang terserlah dalam pembelajaran di sekolah dan universiti, di samping ceramah agama yang menurutnya mewujudkan idea “umat Islam menentang seluruh dunia” di kalangan umat Islam Malaysia.
Menurutnya, ketegangan kaum akan wujud selagi masalah sistem pendidikan demikian tidak diberikan perhatian.
“Walaupun ahli politik cuba berbuat baik, tetapi sekiranya mereka tidak tahu beberapa aspek asas pendidikan, ketegangan agama dan kaum akan terus kekal,” katanya.
Tajuddin bagaimanapun mengakui guru agama dan pendakwah tidak sengaja menyebarkan fahaman perkauman, kerana mereka juga hasil sistem bermasalah yang sama.

Monday, December 7, 2015

PAS Buat Laporan Polis @PDRMsia terhadap @mparitbuntar #Paritbuntar


PAS Pulau Pinang dan penyokong bukan Islamnya menuntut Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa menarik balik kenyataan yang didakwa mengaitkan mereka dengan pengganas Negara Islam (IS) dan Al-Maunah.

Ketua penerangan PAS negeri Iszuree Ibrahim kenyataan itu berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada tahun 60-an.

Beliau menegaskan parti itu menolak aktiviti sedemikian.

Malah, katanya, ketika serangan pengganas di Paris, presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tampil ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menyatakan rasa simpati.

Iszuree (gambar) berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Mujahid.

Iszuree menyifatkan pemimpin AMANAH seperti Mujahid sudah muflis idea dan pilih mengkritik PAS kerana gagal mendapat sokongan awam.

Putar belit, kata Mujahid

Mujahid bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan sebegitu seperti disebarkan.

“Mereka putat belit kenyataan saya dan hasilnya saya terima banyak kritikan.

“Mereka patut berhenti putar belit dan baca kenyataan sebenar saya yang disiar dalam beberapa portal berita,” katanya.

Mujahid antara pemimpin kanan PAS yang keluar beramai-ramai daripada parti itu dengan menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru.

Langkah itu diambil setelah mereka ditolak beramai-ramai oleh golongan proulama dalam pemilihan PAS Jun lalu.

AMANAH mengambil pendekatan bergabung bersama pembangkang lain manakala PAS pula memilih haluan baru dengan bersendirian.

Thursday, July 23, 2015

BAI'AH PAS adalah BAI'AH HAJJAJIYYAH ? JATUH TALAK? @drfathulbari @APterkini




"JIKA BENAR" Bai'ah dan Sumpah PAS seperti di dalam gambar di bawah yg mana; Teksnya berbunyi: 

"Bahawa saya bersumpah dgn nama Allah, Wallaahi Wabillahi Watallahi, sekiranya saya meninggalkan/melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat,maka akan TERTALAKLAH isteri/isteri-isteri saya dengan TIGA TALAK. Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah HARAM.."

KOMENTAR SAYA:

1. Bai'ah di zaman Nabi SAW;

- Nabi SAW dibai'ah dgn cara bersalaman dgn lelaki. Manakala bagi wanita, bai'ah diberikan dgn ucapan. Dan Nabi SAW tidak pernah menyentuh mana2 wanita yg bukan mahram utk menerima bai'ah.

- Nabi SAW dibai'ah dgn ucapan,antaranya yg diriwayatkan dari 'Ubadah bin al-Shomit: "Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela." (Lihat: hadis riwayat al-Bukhari, no: 7199, Muslim, no: 1836)

Tuesday, July 7, 2015

Kesan Ikut Dasar Liberal Ynag Dipromosikan oleh Mujahid @mparitbuntar



Masih Ingatkah anda lagi mengenai penglibatan Mujahid Yusuf Rawa melalui RUU Harmoni ynag Dipromosikan Oleh beliau? Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyatakan bahawa golongan LGBT tidak akan diiktiraaf TETAPI dilindungi dari diskriminasi. Di Sini sama-sama kita lihat kesan implikasi perlaksanaan jika ikut telunjuk Mujahid. Ini Contoh Artikel kesan daripada  keputusan Hakim Mahkamah Agung US yang meniktiraf perkahwinan sejenis. 

Monday, July 14, 2014

@mparitbuntar Hanya ada telur untuk kecam NGO Melayu sahaja


1. Tiba giliran Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia mengutuk tindakan AJK PAS Pusat, Mujahid yang hanya Pandai tunjuk telur kebranian terhadap NGO Melayu. Idea bodoh lontaran Mujahid mahu kerajaan hapuskan ataupun mengharamkan pertubuhan besrsifat perkauman!

2. Si liberal ini pada masa yang sama mana ada telur untuk menegur persatuan bukan Melayu. kita dapat lihat bertapa pilih bulu si mujahid ini, kita ambil contoh Lembaga pengurusan sekolah cina 
( Dong Zhong) yang lantang mempersoalan hak Melayu & Islam Apa yang Mujahid ini Lakukan.
kunci mulut sorok telur dalam kelambu? diam tanpa bicara. kenapa perlu double standard. PBR liht Mujahid ini hanyalah si Politikus yang mencari political mileage untuk dirinya sahaja. untuk membela jauh sekali.

3.So Tidak perlu hairan dengan tingkah laku Mujahid yg terlebih liberal ini . kenyataan Mujahid ini sungguh tidak adil kepada umat Islam khasnya dan Melayu amnya. Kenapa perlu mengharamkan PERKASA? Kenapa Perlu Haramkan ISMA (Ikatan Muslimin Msia) bukan kah Mujahid akan menampakan gambaran buruk kepada Islam ?

4.Sesunguhnya Mujahid ini dapat di ibaratkan sebagai musush dalam selimut kerana berlaku biadap pada bangsa dan agamanya sedndiri. bukan nak satu kan bahkan dia la bapak perpecahan.

Friday, July 11, 2014

@mparitbuntar sokong LGBT (AKHIRNYA TERBUKTI PAS Sokong LGBT) Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional LINDUNGI LGBT

Temubual Mujahid, MP Parit Buntar dengan Malaysiakini a.k.a SorosKini

1. sekali harung video bual bicara berkenaan pada asalnya kita lihat macam tak ada apa yang pelik, tetapi kalau kita teliti betul-betul tengok banyak kali  PRAP!! Ada sesuatu yang tidak kena. Persoalannya bermain kat Kepala otak PBR kena si Mujahid betul-betul mahu memberi pengiktirafan terhadap golongan LGBT ini? 

2. kenapa perlu Mujahid memberi pengiktirafan sebegini kepada golongan berkenaan? makin  nampak sikap liberal Mujahid. kita boleh nampak sikap JELAS liberal Mujahid dalam kenyataan beliau  berkaitan draft undang-undang keharmonian nasional dan rekonsiliasi.

3. Jika anda bersetuju dengan kenyataan Mujahid, anda akan mendapati diri anda tergolong dalam kumpulan liberal yang mendukung LGBT ini. mungkin bagi orang bukan Islam melihat apa yang dinyatakan oleh Mujahid itu adalah kebenaran tetapi harus di ingatkan bahawa secara tidak langsung mengiktiraf golongan terbabit. perlukah nanti dalam borang pemohonan perlu disediakan ruangan khas untuk golongan ini. tidakkah jika pekara itu terlaksana pada masa mendatang pemikiran liberalism akan terus mekar subur dan lama kelamaan secara automatiknya kita akan mengiktiraf LGBT .Adakah kita mahu perbuatan golongan LGBT ini di terima secara halus?

Saturday, January 25, 2014

Apa mungkin @mparitbuntar akan ingkar keputusan Ulama PAS?? @APterkini


KUALA LUMPUR 25 Jan - Golongan bukan Islam diingatkan untuk tidak menafsirkan atau menterjemah kalimah 'Allah' pada mana-mana kitab agama mereka bagi menggantikan perkataan God atau Lord.

Wednesday, December 25, 2013

Ancaman GULING KERAJAAN PERKASA KERIAN Buat Laporan POLIS !! @muaamarghadafi @mparitbuntar @khairykj @azwanbro

Pergerakan PERKASA KERIAN di ketuai Ketua Wira Perkasa Sdr Shahril Anuar Mat Halili petang tadi telah membuat satu laporan polis di IPD Bagan Serai untuk mendesak supaya satu siasatan di lakukan ke atas tindakan berupa ancaman untuk menggulingkan kerajaan yang telah di rancang akan di adakan pada 31 Disember 2013 nanti.

Saturday, November 23, 2013

@MParitbuntar Jangan jadi BACUL! @APterkini


Malang sungguh penduduk Parit Buntar mendapat ahli Parlimen sperti Mujahid ini, dah laa tiada satu pon proses penambahbaikan di berikan diparlimen ini, banyak cakap berdegar-degar jer si mujahid ini. APTB hurmm memang terbukti benarlah dengan cakap-cakap orang dikawasan Parlimen beliau bahawanya  dia ni HANYA berkhidmat utuk Orang PAS sahaja. Bantuan yang diberikan pun Puak-puak Itu sahaja yang dapat dan hampir orang yang sama juga terima.

sesungguhnya TERBAIK bagi PAS disaat ini kerana ada pemimpin macam Si Mujahid ni. Nama je dia nak jadi pejuang Islamlah, PAS Era barulah,  tapi bila dalam bab nak menegakkan Kebenaran, dia la paling BACUL sekali. Kalau setakat BACUL je tak pe lagi beb. ke x mahu 

TERUSKAN MEMBACA KENAPA MUJAHID DIGELAR BACUL  <<<KLIK DISINI>>>

Tuesday, November 12, 2013

Pemilihan PAS TIADA #DAKWATKEKAL : HANYA GUNA PENEBUK KERTAS? @MParitbuntar @APterkini



PAS guna penebuk khas tanda tag perwakilan 
KUALA LUMPUR: PAS akan menggunakankaedah khas iaitu menebuk setiap tag perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS pada 22 November nanti bagi mengelak pengundian berulang. 
Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi memberitahu pihaknya tidak berhasrat menggunakan dakwat kekal. 
"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti. 
"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya. 
"Kita yakin para perwakilan akan membuat pemilihan secara berhemah sepertimana yang kita amalkan sebelum ini. 
"Pemilihan secara sihat tidak ada penipuan akan berlaku ataupun pengundian dua kali," sambung beliau.  
Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulamak, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015.