Nuffnang

Showing posts with label GLC. Show all posts
Showing posts with label GLC. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Kasi Ajar GLC Pro-Pembangkang! Kerajaan Jangan Bagi Muka CC : @najibrazak @ahmadmaslan @MuhyiddinYassin @khairykj



Seperti ada sesuatu yang tidak kena, apabila banyak GLC (Syarikat Milik Kerajaan / Goverment Link Company) mengambil pendirian untuk tidak meletakkan iklan mereka dalam akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times.

Malah Perdana Menteri sebelum ini juga pernah memberikan teguran kepada semua agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terutama milik bumiputera agar mengiklankan lebih banyak dengan akhbar-akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan arus perdana berbahasa Melayu.