Nuffnang

Wednesday, January 17, 2018

Kekalkan Kerusi Bagan Serai, Rampas DUN Selinsing, Semanggol- Datuk Sham Mat Sahat


Barisan Nasional (BN) akan memastikan kerusinya di Parlimen Bagan Serai dikekalkan dan sekaligus berusaha merampas kawasan di bawahnya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing dan Semanggol.

Dalam hal ini, ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yakin sasaran itu mampu dicapai oleh parti apabila melihat usaha yang dilakukan oleh pemimpin BN yang sering bersama mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan.

``Baru-baru ini di Kerian saya dijemput untuk sampaikan sumbangan touch point daripada Kerajaan Negeri kepada rakyat….acara ini adalah acara tahunan… tapi kerana dekat pilihan raya maka pihak pembangkang gelabah dan tidak senang dengan kerja kita.

`` Kita di Kerian, di Bagan Serai…saya membantu rakyat daripada tahun 2013…kita sentiasa bersama rakyat,’’ kata Datuk Sham yang dipetik menerusi laporan sebuah portal media hari ini.

Sumbangan yang disampaikan itu berbentuk racun rumpai, tonik padi, cuka padi kepada pesawah, anak ayam, anak pokok cabai, sawi, sumbangan bantuan kepada ibu-ibu tunggal, golongan miskin  dan murid sekolah.

Mengulas tindakan pembangkang yang menyifatkan pemberian berkenaan  ‘umpan’, Datuk Sham berkata ia bukti yang menunjukkan pembangkang ketandusan isu untuk ‘menyerang’ kerajaan.

“Melihat kepada senario politik di Kerian, pembangkang  sudah ketandusan isu untuk didendangkan kepada rakyat  berbanding UMNO dan BN yang sentiasa membantu dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Tambah beliau lagi, rakyat telah ‘masak’ dengan permainan pembangkang  dan kini sudah membuka mata terhadap usaha dan insiatif yang dilakukan oleh BN.

No comments:

Post a Comment