Nuffnang

Thursday, January 25, 2018

#HospitalPakarKerian Syor ADUN Titi Serong Jadi Ketua Jurutera JKR - Zambry Abd Kadir


Stuktur tanah yang lembut memerlukan kerja-kerja memampatkan tanah dilakukan dengan teliti sebelum kerja pembinaan dilaksanakan.

Keadaan itu merujuk kepada kedudukan tapak projek pembinaan Hospital Kerian yang mana menurut Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir pada masa ini projek tersebut akan dilaksanakan seperti yang dirancang.

Namun, dalam hal ini ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussain mengambil kesempatan politik untuk menarik perhatian rakyat untuk memandang serong kepada janji pihak Kerajaan.

“Saya telah menyebutkan kepada Ustaz Bakar ini dah berkali-kali saya dah sebut…Kerajaan pada dasarnya bersetuju (bina hospital) dan mereka (pembangkang) ini menganggap kerajaan bersetuju seolah-olah hari ini janji esok kena siap.

“Tentunya kerajaan mempunyai perancangan, perkiraan dan kemudian akan keperluan sebenar dengan mengambil kira dengan pandangan daripada pihak hospital sendiri,” jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry.
Abu Bakar menerusi petikan kenyataan di sebuah laporan media berkata alasan mengenai stuktur tanah yang diperjelaskan oleh Kerajaan disifatkan alasan yang kelakar dan cuba mempersendakan rakyat.
Mengulas lanjut perkara itu, demikian reaksi Datuk Seri Diraja Dr Zambry,
“macam inilah kalau di lebih arif, dia lebih maklum, saya ingat akan syorkan beliau kepada JKR (Jabatan Kerja Raya) ketua jurutera la. Sebab perkaranya saya dah jelas tetapi beliau kata saya mempersendakan rakyat seolah-olah beliau lebih tau daripada Kerajaan dan beliau lebih maklum segala-galanya dan seolah-olah beliau lebih mahir dengan soal berkaitan hal-hal kejuruteraan.

“Jadi kalau macam tu dia lebih maklum saya akan syorkan nanti agar pihak berkuasa melantik beliau menjadi ketua jurutera untuk pantau pembinaan hospital ini,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di Lumut, hari ini.

Beliau juga turut menyelar dakwaan isu pengambilan wang peruntukkan antara hospital di Perak Tengah dengan hospital Parit Buntar yang kononnya punca kepada kelewatan menyiapkan projek.

“Saya berharap kepada orang ramai tidak mudah termakan dgn permainan-permainan ini, bagi saya ini adalah permainan-permainan yang dimainkan. Komitmen Kerajaan tetap dilaksanakan dan seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini termasuklah di (hospital) Manjung,” jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

1 comment:

  1. Adun ni tak faham hal kejuruteraan atau bukannya tak faham tetapi nak cari peluang nak naikkan nama yang dah kelam tu. Kalau nak dapat Hospital Pakar yang berlubang di bawah bangunan yang dibina boleh suruh Adun PAS tu jadi juruteranya. Ingat senang nak buat projek bangunan atas tanah bendang.

    ReplyDelete