8 Ogos 2015 - Pada hari tersebut, Muhyiddin akan memberitahu Najib bahawa beliau perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta (desas-desus Najib akan meletakkan jawatan pada masa tersebut viral). Peguam Negara akan menunggu di luar bersama dengan wakil-wakil media dan Najib akan diberitahu bahawa jika beliau enggan meletakkan jawatan maka AG akan mengadakan sidang media dan membacakan pertuduhan terhadap beliau.
Malaysia sentiasa melihat perebutan kuasa, perpecahan dan penyingkiran pemimpin sejak dahulu lagu sebelum Merdeka. Sebagai contoh, pada tahun 1951, enam tahun sebelum Merdeka, Umno berpecah apabila sayap Islam parti berhaluan kiri membentuk sebuah parti baru, Pan-Malayan Parti Islam, kini dikenali sebagai PAS.
Pada tahun yang sama, Onn Jaafar, pengasas Umno, meninggalkan parti itu disebabkan isu sama ada Umno perlu membuka pintu kepada bukan Melayu. Dalam perhimpunan berkenaan tidak lama selepas itu, tiga calon telah bertanding jawatan presiden Umno dimana Tunku Abdul Rahman menang.
Tunku bertahan hampir 20 tahun sebagai pemimpin Umno, tidak lama kemudian selepas rusuhan kaum tahun 1969 beliau telah disingkir keluar oleh “Young Turks” yang menganggap Tunku terlalu berkompromi terhadap Cina.
PAS juga, yang lahir dari Umno, menyaksikan perebutan kuasa selama ini. Dua pihak baru telah dilahirkan – Berjasa dan Hamim – ekoran dari konflik ini namun kedua-duanya tidak membuat banyak penampilan dalam politik Malaysia.
Semangat 46 dan kini PKR juga merupakan dua parti yang muncul dari konflik dalaman dalam Umno walaupun PKR telah berjaya pada tahap tertentu untuk menghilangkan imej Umno (tidak seperti Semangat 46) kerana ia membenarkan bukan Melayu untuk menyertai parti dan memegang jawatan dalam parti tersebut.
Dan kini, sekali lagi, kita lihat PAS dan Umno melalui perebutan kuasa dalaman. PAS lebih kurang berjaya menyelesaikan perebutan kuasa dalaman tersebut dengan penyingkiran mereka yang menentang presiden (kini mereka mahu membentuk, buat kali ketiga, sebuah parti Islam yang baru lagi). Perebutan kuasa dalam Umno, bagaimanapun, masih belum dapat diselesaikan dan pada masa ini tekaan anda sama seperti arah perjalanan tersebut “where the chips are going to fall”.
Sebenarnya, perancangan awal adalah untuk wujudkan undi tidak percaya yang akan diluluskan di Parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini sepatutnya telah dilaksanakan pada bulan Jun atau Julai (mereka war-warkan Najib tidak akan bertahan sehingga akhir Julai).
Mereka memerlukan sekurang-kurang
Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak berminat terhadap satu lagi gerakan ‘Kajang Move’ selepas yang pertama menyaksikan penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Jadi beliau enggan menyertai komplot tersebut dan ini bermakna mereka perlu pergi ke plan B pula.
Pelan B sepatutnya telah dilaksanakan pada hari Rabu Julai 29, 2015, semasa mesyuarat Kabinet.
Pada hari tersebut, Muhyiddin akan memberitahu Najib bahawa beliau perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta (desas-desus Najib akan meletakkan jawatan pada masa tersebut viral). Peguam Negara akan menunggu di luar bersama dengan wakil-wakil media dan Najib akan diberitahu bahawa jika beliau enggan meletakkan jawatan maka AG akan mengadakan sidang media dan membacakan pertuduhan terhadap beliau.
Najib kemudiannya akan ditangkap dan tiada jaminan akan diberikan kerana berisiko “flight risk”. Apabila Najib ditangkap, beliau akan menerima tamparan dengan lebih banyak lagi dakwaan untuk memastikan beliau sibuk di mahkamah untuk sedekad yang akan datang supaya walaupun beliau menang semua dakwaan tersebut namun beliau tidak akan mampu kembali sebagai Perdana Menteri.
Dengan menyedari gerakan 29 Julai tersebut dan “how the axe was going to fall”, Najib telah bertindak lebih awal dengan menggantikan Peguam Negara serta bertindak terhadap semua pihak yang berkomplot dalam SPRM, Jabatan Peguam Negara, BNM, dan sebagainya. Dengan satu serangan, beliau berjaya “membunuh” konspirasi dan menjamin kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.
Pelan A dan Pelan B telah gagal. Jadi adakah ini bermakna berakhir usaha untuk menggulingkan Najib? Saya tidak fikir begitu. Mana-mana konspirasi yang baik – terutama yang melibatkan penyingkiran seorang Perdana Menteri – mesti mempunyai Pelan A, Pelan B dan Pelan C. Dan dalam kes ini mesti ada Pelan C juga.
Jadi apakah Pelan C? Ah, tetapi jika saya memberitahu anda Pelan C maka ianya akan merosakkan semua ‘suspense”. Memang terdapat satu lagi Pelan C, namun Najib juga mempunyai perancangan serangan terhadap Pelan C.
Jadi harap sabar menunggu dalam tempoh beberapa hari akan datang dan lihat apa lagi yang dibentangkan dalam politik Malaysia sebagai Pelan C dan bagaimana Najib lancarkan serangan awal terhadap Pelan C.
Untuk makluman, Najib tidak menyingkirkan Peguam Negara. Seri Paduka Baginda Yang Agong lakukan atas nasihat hakim-hakim. Jadi tidak timbul isu Najib melanggar perlembagaan dalam menyingkirkan Peguam Negara tidak timbul.
Dalam isu Najib menyingkirkan Timbalan Perdana Menteri juga bukan satu masalah memandangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada di dalam Perlembagaan. Perdana Menteri tidak perlu melantik seorang Timbalan Perdana Menteri atau beliau boleh melantik lima Timbalan Perdana Menteri. Ianya merupakan hak mutlak Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Najib mendapat sokongan 152 daripada 191 ketua bahagian Umno sebelum beliau menggantikan timbalannya. Dan mereka yang berkomplot menyingkirkan Najib akan menghadapi kemungkinan tuduhan di bawah Seksyen 124 undang-undang, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. Oleh itu kepentingan yang dipertaruhkan adalah sangat tinggi dalam permainan perebutan kuasa ”Game of Thrones” ini.
Terjemahan:
Najib’s last day as PM was supposed to be 29 July
http://
No comments:
Post a Comment