Nuffnang

Tuesday, July 14, 2015

Mahfuz Hipokrit Jika Kekal sebagai calon PAS #PRU14 @mparitbuntar


Kenyataan Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan PAS hipokrit jika masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang walaupun sudah memutuskan hubungan dengan DAP ibarat membidas diri sendiri kerana beliau juga tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen

"Apabila PAS sudah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka PAS seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.”

Ucapan lantang itu dibuat Mahfuz tanpa menyedari dirinya perlu berundur juga. Bila diimbas kembali, tanpa bantuan DAP dalam PRU13 yang lepas, beliau tidak akan mampu untuk memenangi kerusi Parlimen yang didudukinya hari ini.


Kemenangan tipis Mahfuz di Pokok Sena (Kedah) pada PRU13 lepas dengan peratusan undi 52%, menentang calon BN, Shahlan Ismail tidak diragui lagi adalah ihsan pengundi DAP.

Tanpa bantuan pengundi DAP, beliau pasti akan tewas. Hal ini kerana penduduk negeri Kedah tidak mudah percaya dengan dakyah pembangkang. Semua calon Pas turut tertewas di Kedah kecuali Mahfuz yang menang tipis.

Ironi kini, Mahfuz seakan tidak mengenang budi DAP apabila turut bersetuju dengan usul Dewan Ulama Pas yang bertindak memutuskan hubungan dengan DAP melalui ‘Tahaluf Siyasi’.

Dewan Ulama PAS pada muktamar tahunan ke-61 mengusulkan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat kecaman hebat daripada parti sekular itu.

Susulan keputusan itu, kerajaan DAP Pulau Pinang menyatakan beliau menerima tanpa soal sekiranya ahli PAS dalam kerajaannya mahu meletak jawatan, tetapi mereka enggan atas alasan pelantikan dibuat parti.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga sudah memberi kata dua kepada ahli PAS yang enggan berganjak daripada kerajaan negeri.

Perceraian Pas-DAP dimuktamadkan pada 11 Julai lalu ekoran sikap DAP yang berkeras menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas sejak sekian lama.

Kesimpulannya, Hadi hipokrit jika kekal sebagai calon Pas dalam PRU14 kerana kemenangan beliau yang lalu juga hasil daripada ihsan pengundi DAP.

Sumber: KLXpress.com.my

No comments:

Post a Comment