Nuffnang

Tuesday, July 14, 2015

Laporan Jabatan Audit : Tiada salahlaku dalam aktiviti #1MDB @najibrazak



Semua pihak diminta mengentikan tuduhan tidak berasas kepada syarikat pelaburan strategik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas siasatan Jabatan Audit mendapati tiada bukti salah laku berkaitan aktiviti syarikat tersebut.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menerusi satu kenyataan hari ini berkata beliau berharap semua tuduhan tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion atau pemindahan AS$700 juta kepada individu tertentu, dihentikan kerana laporan awal siasatan Jabatan Audit mendapati tiada bukti salah laku berkenaan.
"Adalah menjadi harapan saya semua dakwaan tidak berasas dihentikan. Kita perlu bersabar dan menunggu laporan akhir Jabatan Audit dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC)," katanya.
Menurutnya, kerajaan komited untuk memastikan isu berkaitan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diselesaikan dengan memberi tumpuan kepada rancangan rasionalisasi syarikat pembangunan strategik itu.

"Matlamat daripada pelan rasionalisasi itu ialah menyeimbangkan aset dan hutang 1MDB untuk menampung struktur kewangan dan memastikan kemapanannya pada masa depan," kata6 Ahmad Husni.

Kabinet 29 Mei lalu melantik Ahmad Husni sebagai jurucakap kerajaan bagi menjawab persoalan berhubung syarikat pelaburan milik kerajaan 1MDB.

Ketua Audit Negara diarahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melakukan audit terhadap firma pelaburan mililk Kementerian Kewangan itu selepas pelbagai skandal dikaitkan dengannya.

Selepas tiga bulan menjalankan siasatan dan audit, KetuaAudit Negara telah menyiapkan laporan interim setebal 72 muka surat dan menyerahkannya kepada PAC pada minggu lepas.

Ketua Audit Negara berhasrat untuk menyiapkan laporan penuh menjelang hujung tahun ini.
Sebelum ini firma penarafan kredit Fitch Ratings Mei lalu menyifatkan bank-bank Malaysia terbukti mengamalkan dasar pinjaman berhemat yang dijangka dapat meminimumkan potensi impak masalah daripada mana-mana peminjam tunggal.
Fitch turut menyifatkan isu-isu 1MDB yang dibebani hutang besar adalah 'satu kebiasaan' dan tidak mencerminkan risiko serius yang berleluasa.
Namun, tegasnya, masalah 1MDB itu hanya menambah bebanan persekitaran operasi Malaysia yang sedia mencabar pada masa terdekat.
Selain itu, peningkatan hutang isi rumah sejak beberapa tahun lalu misalnya, berkemungkinan menjadi cabaran penggal pertengahan yang lebih besar bagi sistem pengurusan jika pertumbuhan kredit sebenar tidak dikekang dan kelemahan ekonomi terus ketara.
Ini diburukkan lagi dengan perkembangan melibatkan komoditi dan kelemahan pasaran kewangan yang mencetuskan ketidaktentuan terhadap prospek ekonomi Malaysia.
Malah, faktor berkenaan dianggap sebagai punca pembatalan rundingan penggabungan mega CIMB Group, RHB Capital dan MBSB, pada Januari lepas.
"Kami percaya kesemua risiko ini mampu diuruskan sistem sedia ada tanpa membabitkan sebarang kesan kelembapan ekonomi yang berpanjangan atau kadar pengangguran tinggi yang ketara. Ini disebabkan kerajaan telah pun menangani isu ini dengan langkah makro yang berhemat selain memperketat peraturan yang ada sejak beberapa tahun lalu," katanya.

No comments:

Post a Comment