Nuffnang

Thursday, July 23, 2015

BAI'AH PAS adalah BAI'AH HAJJAJIYYAH ? JATUH TALAK? @drfathulbari @APterkini




"JIKA BENAR" Bai'ah dan Sumpah PAS seperti di dalam gambar di bawah yg mana; Teksnya berbunyi: 

"Bahawa saya bersumpah dgn nama Allah, Wallaahi Wabillahi Watallahi, sekiranya saya meninggalkan/melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat,maka akan TERTALAKLAH isteri/isteri-isteri saya dengan TIGA TALAK. Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah HARAM.."

KOMENTAR SAYA:

1. Bai'ah di zaman Nabi SAW;

- Nabi SAW dibai'ah dgn cara bersalaman dgn lelaki. Manakala bagi wanita, bai'ah diberikan dgn ucapan. Dan Nabi SAW tidak pernah menyentuh mana2 wanita yg bukan mahram utk menerima bai'ah.

- Nabi SAW dibai'ah dgn ucapan,antaranya yg diriwayatkan dari 'Ubadah bin al-Shomit: "Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela." (Lihat: hadis riwayat al-Bukhari, no: 7199, Muslim, no: 1836)


- Bai'ah umat Islam kepada Nabi SAW tertegak atas asas iman dan taqwa, bukan asobiyyah dan kepentingan. Contohnya Allah berfirman, maksudnya: "Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk berbai'ah, bahawa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (QS al-Mumtahanah, 12)

- Bahkan bai'ah kpd Rasulullah ini mendapat pengiktirafan dari Allah. Firman Allah,maksudnya: "Allah telah redha ke atas orang-orang beriman ketika mereka berbai'ah kpdmu (Muhammad) di bawah pohon, maka Allah mengetahui segala sesutu di dalam hati mereka..." (QS al-Fatah: 18)

- Kerana itu, maksud bai'ah dari sudut istilah syarak adalah: "perjanjian yg dimeteraikan bertujuan utk memberikan ketaatan (dlm hal yg ma'ruf), sepertimana seorg pemimpin dibai'ah oleh rakyatnya dengan tujuan pemimpin tersebut akan bertanggungjawab ke atas urusan rakyatnya dan kaum muslimin..." (Lihat: Muqaddimah, oleh Ibn Khaldun,ms 229)

- Para ulama bersepakat bahawa bai'ah yg menepati syarak adalah bai'ah kepada Ulil Amri yg dilantik mengikut sistem yg diiktiraf Islam.

2. Bai'ah yg dipraktiskan oleh PAS-JIKA BENAR- bukanlah bai'ah dari sudut istilah syarak, sebaliknya ia merupakan bai'ah dari sudut bahasa yg bermaksud "perjanjian atau aqad" semata-mata (lihat: Lisanul 'Arab, oleh Ibnu Mandzur, 1/299).

3. Dalam sejarah "Sumpah Bai'ah" yg menetapkan janji-janji tertentu spt JATUH TALAK dan lain-lain; diasaskan oleh Hajjaj bin Yusof (wafat 95H) yg terkenal dgn kezalimannya ketika dilantik sebagai Gabenor Iraq. Bai'ah tersebut digelar oleh para ulama sebagai "Bai'ah Hajjajiyyah". Sememangnya bai'ah seperti ini menyelisihi Al-Quran dan Al-Sunnah. (Lihat 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 63)

4. Cuma persoalan yg perlu dirungkaikan adalah JATUH TALAK atau TIDAK bg sesiapa yg keluar PAS @ lompat ke parti lain? 

Ibnu al-Qayyim merungkaikan isu ini di dalam kitab beliau 'Ilam al-Muwaqqi'in, kata beliau: "Hajjaj telah mencipta bentuk bai'ah yg baru bukan seperti bai'ah Nabi SAW; Bai'ah Hajjaj merangkumi sumpah dgn nama Allah, Talak, bebaskan hamba, sedekah harta benda dan laksanakan haji. Maka para ulama berselisih pendapat tentang hal ini..." (Lihat: 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 63)

* Pandangan Mazhab Maliki; Abu Bakr Ibnu al-'Arabi berkata: "Telah ijmak ulama-ulama mutakhir (mazhab Maliki) bahawa jatuhnya talak isteri-isteri mereka yg melanggarkan sumpah bai'ah.." (Lihat: 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 63)

* Pandangan Mazhab Al-Syafie; Sekiranya lafaz sumpah itu jelas, bukan samar-samar maksudnya, beserta niat, maka jatuh talak. (Lihat: Al-majmu, oleh Al-Nawawi, 8/462)

* Pandangan Mazhab Hanbali; Sesiapa yg memahami isi kandungan Sumpah Bai'ah, dan memang berniat utk mematuhi segala perjanjian ketika bersumpah, maka JATUH TALAK. (Lihat: al-Mughni,oleh Ibnu Qudamah, 11/408)

- Kesimpulannya, sesiapa yg berbai'ah berkonsepkan Bai'ah Hajjajiyyah-walaupun ia menyelisihi sunnah- contohnya JATUH TALAK ISTERI; secara sedar memahami apa yg dilafazkan, tanpa paksaan, dengan kerelaan dan niat, maka apabila dia melanggar sumpah bai'ah tersebut dengan sengaja, JATUHLAH TALAK KE ATAS ISTERINYA. 

- Cuma, ulama berbeza pendapat samada jatuh 3 talak -jika diniatkan jatuh 3 talak- atau hanya satu talak sahaja; dinukilkan dari sebahagian ulama mazhab Maliki, jatuh hanya satu talak. Manakala sebahagian yg lain menetapkan jatuh ketiga-tiga talak. (Lihat: 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 64)

5. Terdapat satu hadis yg diperselisihi statusnya, Nabi SAW bersabda:"Orang Islam itu (berpegang) dengan syarat-syarat (yg telah dipersetujui)" (riwayat Al-Tirmidzi,no:1352)

Mungkin saudara-saudara di kalangan PAS berpegang dgn hadis di atas utk mengharuskan bentuk bai'ah seperti ini. Syarat ini ditetapkan ke atas sesiapa yg ingin bertanding atas tiket PAS. Jadi, jika tidak mahu terikat dengan syarat-syarat tersebut,maka janganlah bertanding atas tiket PAS, kemudian keluar@lompat ke parti lain.

6. Namun saya berpendapat, konsep sumpah bai'ah yg PAS gunakan -JIKA BENAR- sangat mirip dengan konsep Bai'ah Hajjajiyyah yg menetapkan kelaziman tertentu bagi sesiapa yg melanggarnya. Sesungguhnya keburukannya lebih besar dari kebaikan. Bagaimana dengan status perkahwinan sebahagian ahli-ahli PAS yg telah berbai'ah namun kini meninggalkan PAS? Wallahul musta'an.

Kredit : FB Fathul Bari

No comments:

Post a Comment