Nuffnang

Wednesday, November 19, 2014

Sewa Kuda Untuk Pornografi - Dari kesilapan bertukar menjadi rezeki


Ingat lagi tak kes ini.VIRAL seantero Malaya

Seorang jurugambar sambilan mendapat rezeki yang melimpah ruah hanya disebabkan tersilap eja dalam satu post yang disiarkan dalam laman Facebook bagi tujuan pengiklanan yang pernah viral satu ketika dulu.

Zulkepli Yusop atau lebih dikenali dengan nama Toksyu Zul tersilap mengeja perkataan photography kepada pornografi dalam post berkenaan menyebabkan dirinya menerima pelbagai tohmahan negatif dari netizen.

Pada mulanya, dia menyangka kesilapan itu akan menjejaskan perniagaan perkhidmatan fotografi bersama kuda yang diusahakan bersama dengan rakannya.

Namun, setelah membuat penjelasan atas kesilapan itu melalui media, dia bukan sahaja menerima reaksi positif tetapi ramai orang berminat untuk mencuba perkhidmatannya itu.

“Bagi saya, fenomena viral itu memberi hikmah kepada perniagaan saya untuk terus maju, malah saya bersyukur kerana ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sentiasa memberi dorongan,” katanya.






- Rezek Orang.. jangan dengki-dengki.. ;)

No comments:

Post a Comment