Nuffnang

Tuesday, November 11, 2014

Kempen Gulingkan Golongan Ulama Dalam PAS @mparitbuntar @tantawi100 @nikabduh @APterkini


Facebook Pro PR Kempen Kumpulan Ulama PAS Tewas PRU


Facebook pro PAS, ‘Gua Sokong‘ berkempen agar kumpulan ulama dalam parti itu dikalahkan dalam Pilihanraya Umum akan datang.Empat tokoh disasarkan iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang, Terengganu; Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri, di Parlimen Kuala Nerus, Terengganu dan dua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat; Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, masing-masing di Parlimen Temerloh, Pahang dan Pasir Mas, Kelantan.


Kesemua tokoh PAS itu dilabel sebagai individu yang gagal sebagai ahli parlimen PAS; Gagal menghadiri persidangan Parlimen, tiada isu sensasi yang dikemukakan dan gagal membela nasib pengundi kawasan masing-masing.Selain itu, keempat-empat tokoh itu didakwa telah dimenangi oleh pengundi Pakatan Rakyat, namun kemudian menjadi musuh PR.

Facebooker itu juga turut menyokong desakan supaya Abdul Hadi berundur daripada jawatan Presiden PAS, kerana pemimpin sentiasa silih berganti, namun parti akan terus kekal.Aku berharap penyokong-pengyokong dan akar umbi PAS akan tersedar dari lena.Selama ini hanya tahu melebel UMNO dengan berbagai-bagai gelaran yang tidak enak didengar, Malah ada gelaran sehingga boleh mengkafirkan mereka.Kononnya mereka lebih baik....Mahu ber "Tahaluf Siyasi" dengan DAP sebagaimana perjanjian Hudaibiah.Nampaknya mereka pula yang menghitung hari untuk hancur

2 comments:

  1. Mana dia Puak puak pro ulamak.Tak kan nak biar macam tu saja

    ReplyDelete
  2. tak boleh buat apa dah anwarinas dah bersepah dalam PAS

    ReplyDelete