Pages
Nuffnang
Wednesday, September 24, 2014
@Zahid_Hamidi Pertahan Melayu bukannya bermaksud anti Cina
Apa Salah Kita Pertahankan Asas-Asas dalam perlembagaan...? Apa salah orang Melayu/Bumiputera memperingatkan generasinya agar tidak lena dan bangkit pertahankan apa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan...?
Ingat! 1 Malaysia adalah kita menerima kehidupan kita sebagai rakyat Malysia yang pelbagai kaum dan agama... Kita terima apa yang terkandung jelas dalam Perlembagaan Malaysia... kenapa perlu takut? Tak kacau apapun hak orang bukan melayu/bumiputera...
Artikel.yang perlu dibaca:
ZAHID HAMIDI 'CHAMPION' MELAYU
1. Zahid Hamidi telah menjadi "target" dan sasaran media haluan kiri seperti Malaysiakini, KiniTV dan beberapa akhbar utama yang lain antaranya seperti The Sun, Malay Mail) , namun yang pastinya portal dan pengurusan akhbar ini ditulangi oleh kaum Cina.
2. Dalam PRK Pengkalan Kubor, semua mengetahui ia merupakan kawasan majoriti 93 % Melayu. Soalnya mengapa wartawan Cina yang berduyun mengekori setiap ceramah Zahid Hamidi sehingga pengundi pun naik rimas.
3. Walaupun Zahid Hamidi sudah sedia maklum ramai wartawan Cina dalam program ceramahnya, Zahid tetap tegar dan lantang menyuarakan hak Bangsa Melayu yang perlu dipertahankan oleh kita semua.
4. Akibatnya Malaysiakini dan konco-konco akhbar lain melabelkan Zahid membuat kenyataan RASIS. Terang lagi bersuluh wartawan Cina ini sengaja memcari isu untuk dilabelkan sebagai perkauman. Sanggup bersengkang mata hingga ke dinihari mendengar ceramah Zahid dan masuk ke kawasan pedalaman di Pengkalan Kubor atas niat jahat ini.
5. Apakah kenyataan Zahid Hamidi untuk mempertahankan Hak Istimewa Bumiputra boleh dianggap rasis ? Sebenarnya ramai dalam kalangan kita sudah dibutakan akan makna Rasis itu sendiri.
6. Rasis adalah rasa perkauman melampau sehingga menindas kaum lain. Tetapi Pembangkang yang ditulangi oleh kaum Cina merencana doktrin kononnya maksud rasis adalah ketika kita memperjuangkan hak Melayu. Hak Bumiputra sudah termaktub dalam Perlembagaan dalam Perkara 153.
7. Adakah Perlembagaan Persekutuan juga rasis ? Apakah kewujudan UMNO untuk orang Melayu, MCA untuk kaum Cina dan MIC untuk kaum India adalah Rasis? Apakah DAP yang telah memperkudakan beberapa ekor calon Melayu dalam PRK lalu sudah tidak Rasis ?
8. Yang patut kita faham dan gelar rasis adalah kumpulan yang mempertikaikan Hak Melayu dan Bumiputra iaitu Cina DAP bukan pemimpin UMNO yang menuntut hak kaumnya. Semalam Lim Kit Siang mencabar Polis untuk menyiasat kenyataan Zahid "Langkah mayat saya dulu, jika hak Melayu ingin dihapuskan" dalam tempoh 24 jam. Zahid hanya mempertahankan klausa dalam Perlembagaan, Lim Kit Siang dan DAP yang mempertikaikan Perlembagaan selama ini.
9. Generasi muda perlu sedar Cina DAP sedang mendidik kita dan menakut-nakutkan Melayu dari memperjuangkan haknya yang sedia termaktub dalam Perlembagaan. Akhirnya lama kelamaan generasi muda lupa akan hak kaum mereka sendiri.
10. Inilah modus operandi masyarakat Cina di Malaysia yang mempergunakan istilah rasis secara songsang. Sedangkan sudah terang dalam PRU 13 lalu tsunami masyarakat Cina, pengundi Cina tolak Dyana Sofya PRK Teluk Intan dan perjuangan konsep kesaksamaan hak di Malaysia patut dihukum sebagai ektremis dan rasis.
11. Zahid Hamidi adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang berani bercakap tentang realiti dan kebenaran. Zahid adalah "real politician" yang bercakap secara terbuka bukan bermuka-muka mengikut siapa pendengar di depannya. Depan Melayu cakap A, depan Cina cakap B dan depan India cakap C.
12. Zahid Hamidi adalah 'the only leader' yang berani menyuarakan pegangan dan pendiriannya dalam menegakkan ketuanan Melayu. "One Man Show" yang ditunjukkan oleh Zahid ini seharusnya menjadi aspirasi anak muda dan masyarakat belia khususnya dalam memperjuangkan hak Melayu yang semakin dilupakan oleh generasi Y.
13. Apa pun saya sangat sedih tika Zahid Hamidi dikecam oleh media nyamuk haluan kiri, blogger Melayu yang hidup atas wang ringgit juga sanggup menghentam Zahid Hamidi. Jangan kerana cita-cita peribadi sanggup melihat pemimpin lain dicerca walau ia di arus yang benar. Jangan juga kerana wang, hak bangsa diinjak oleh bangsa lain.
14. Keseluruhannya, masyarakat Malaysia perlu faham makna dan definisi rasis yang betul. Jangan terpedaya dengan pemikiran liberal,prinsip kemodenan, keterbukaan yang meracuni pemikiran generasi baru di media sosial.
Share dan Sebarkan...
Kredit ASSU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa blogger yang dibayar tu. Jangan cakap umum. Ini mungkin menyebabkan Zahid terjejas.
ReplyDelete