Nuffnang

Monday, September 29, 2014

Asal Hujan jer Banjir. Banjir jer KAJANG mana @drwanazizah ?


Hujan lebat lebih sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dan Kampung Sungai Kantan dilanda banjir kilat.

Hujan lebat yang bermula kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan banjir berulang di kawasan sama selepas insiden berkenaan pernah berlaku 10 bulan lalu.

Jurucakap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata, hujan lebat sejak 4 petang di sekitar Kajang menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan menjejaskan pekan itu.

Katanya, anggota penguat kuasa dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan, MPKj dan Jabatan Pertahanan A

wam (JPAM) Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan pembersihan.


"Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada kira-kira 6.45 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan renyai-renyai," katanya.

Pada Disember tahun lalu, banjir kilat akibat hujan lebat menjejaskan pekan itu dengan peniaga dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air.













No comments:

Post a Comment