Nuffnang

Friday, August 15, 2014

Mustafa : PAS tolak @drwanazizah sebagai MB @APterkini @Utaranews @MParitbuntar


KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan keputusan mereka menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal memegang jawatan berkenaan.

"Alasan kami mengenai penolakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor telah diberikan kepada pimpinan PKR menerus pertemuan secara tertutup baru-baru ini.

"Abdul Khalid diterima sultan sehingga satu masa. Kalau orang lain jadi menteri besar pun kita akan bersama dengan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Lajnah Politik Pas, malam ini. 

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, mesyuarat yang diadakan selama dua jam turut membincangkan mengenai tindakan dua Adun Pas Selangor yang menyokong Wan Azizah walaupun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

"Kita akan menjalankan siasatan terlebih dahulu dan bakal memanggil mereka untuk memberikan penjelasan," katanya.


Ditanya mengenai kedudukan empat Exco Selangor daripada parti berkenaan, ia turut dibincangkan namun keputusan akhir hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat Isnin hadapan.

"Menurut Undang-Undang Tubuh Negeri, sekurang -kurangnya empat Exco perlu wujud untuk menggerakkan pentadbiran di negeri ini.

"Mereka bertugas disebabkan rakyat dan bukan kerana kepentingan peribadi," katanya.

Sumber: Sinar Harian

-Psst!! Apa pula yer si mujahid akan buat. adakah dia  U-turn apa yang dicakapnya sebelum ini yang di lihat s menyokong  Anwar Ibrahim untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai MB. sama-sama nantikan game plan yang dimainkan oleh Mujahid.

No comments:

Post a Comment