24hb Ogos 2014 (Ahad) 02:17 Pagi
Kecoh! Warga Pulau Pinang digemparkan oleh satu berita yang tidak bertanggungjawab apabila satu panggilan PALSU telah dibuat dan mendakwa MENARA UMNO yang terletak JALAN MACALISTER akan RUNTUH.
Dua buah kereta peronda dikejarkan ketempat kejadian bagi memastikan kesahihan berita mengenai MENARA UMNO PULAU PINANG akan RUNTUH. sementara itu pihak berkuasa mengambil tindakan dengan menutup laluan Jalan Macalister demi Keselamatan orang ramai. Ini dibuat untuk memastikan tiada kejadian buruk tidak berlaku.
Pada SIASATAN AWAL, dimaklumkan bahawa Menara UMNO telah direka bentuk sebegitu dan tiada keretakkan pada batu tersebut.
Seterusnya penjelasan dari Sdr Khari, seorang PENYELIA MENARA UMNO telah memaklumkan, bahawa perkara tersebut tidak benar dan menafikan bahawa MENARA UMNO PULAU PINANG akan RUNTUH !!!! dan sudah dimaklumkan kepada bilik GERAKAN BALAI POLIS yang terdekat.
Akhirnya pihak Polis beredar dari kawasan tersebut apabila berpuashati dengan penjelasan dari pihak yang berkaitan.
Apa yang difahamkan gambar tersebut telah diEditkan dan cuba membuat provokasi melampau untuk menjatuhkan krealibiti Parti UMNO Pulau Pinang .
Pihak admin berharap agensi yang berkuasa dapat menjalankan siasatan segera berkaitan panggilan telepon, agar tiada lagi warga yang BANGANG membuat panggilan sesuka hati mak bapa dia aja... !!!
P/S:- In Shaa Allah diberi kesempatan esok pihak admin akan berhubung dengan En Ramlan Ishak untuk mendapat penjelasan yang selanjutnya
Sumber : FB Sahabat Alam Maya - SAM
Libas yg buat fitnah ni..tiada kompromi..
ReplyDelete