Nuffnang

Thursday, July 3, 2014

Kronologi Lengkap - Pegawai Diplomat Cubaan Perkosa Rakyat New Zealand ! @APterkini @utaranews


Berita Kes Pegawai Diplomat Malaysia Cuba perkosa Rakyat New Zealand Muhammad Rizalman Ismail, Admin berasa sedih dan  kasihan nasib yang menimpa isteri anak-anaknya.

Apatah lagi ketika ini sudah berada dalam tempoh berpuasa di bulana Ramadhan. Pejam celik pejam celik Hari Raya Aidilfitri bakal menginjak tiba. Manakala si ayah dan suami bakal berhadapan hukuman di atas kesilapan dan ketelanjuran sendiri.
Yang dituduh cuba rogol bagi kes kali ini bukannya mat rempit, mat ganja, orang yang tiada pendidikan tetapi seorang Diplomat.


Berikut Kronologi Lengkap Kes Tersebut


9 Mei 2014 : Polis New Zealand berjaya menangkap Pegawai Diplomatik Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail atas tuduhan cubaan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita di Wellington New Zealand

10 Mei 2014 : Muhammad Rizalman Ismail dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Menteri Hal Ehwal dan Perdagangan (MFAT) minta kekebalan dan imuniti diplomatik Rizalman digugurkan

12 Mei 2014 : Perjumpaan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Timbalan pengarah protokol MFAT dan pihak polis New Zealand

21 Mei 2014 : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menjawab permintaan MFAT bahawa Malaysia tidak akan gugurkan kekebalan diplomatik dan akan hantar Rizalman pulang ke Malaysia

22 Mei 2014 : Muhammad Rizalman Ismail dan ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak pulang ke Malaysia

29 Mei 2014 : Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas Rizalman. Muhammad Rizalman Ismail memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran (seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia) dirujuk ke Hospital Tentera Tunku MIzan untuk pemeriksaan psikiatrik. Mindef tubuh lembaga penyiasatan. Siasatan masih dijalankan

30 Jun 2014 : Perdana Menteri New Zealand John Key mula buka mulut tentang dakwaan serangan seksual oleh pegawai Diplomatik Malaysia
1 Julai 2014 : Menteri Luar Datuk Anifah Aman adakan sidang akhbar mengenai isu tersebut. New Zealand segera menyangkal versi Anifah dengan mengeluarkan dua surat di antara kedua buah negara.

#Diharap kelurga nya tabah menghdapai kes ini, dan dapat diselesaikan sebaik mungkin antara dua negara New Zealand dan Malaysia.
Jika di lihat pada gambar-gambar ini tertuduh merupakan seorang yang penyayang dan bertanggungjawab kepada keluarganya.

 Credit Berita Semasa

No comments:

Post a Comment