Nuffnang

Monday, June 9, 2014

@Msiakini menfitnah lagi! @PDRMsia Patut ambil tindakan @najibrazak @Apterkini @Utaranews


Malaysia Kini Kantoi Menfitnah lagi! Kali Ini Pembohongan ini disangkal sekeras-kerasnya oleh Pihak Polis. Pembohongan bersiri Portal Pro Pembangkan makin menjadi- Jadi Seperti Negara  Malaysia ini tidak mempunyai Undang-undang yang boleh dikenakan pada portal berkenaan. Justeru Itu PBR berharap pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan lebih keras terhadap portal berkenaan. Jika tidak Portal berkenaan akan terus bebas membuat laporan berat sebelah.

PBR setuju sangat jika lepas ini Polis juga mengambil tindakan yang sama yang dilakukan oleh DS Najib Razak dengan menyaman Portal berkenaan. Wartawan Malaysiakini memang terkenal dengan memutar belit fakta


Polis hari ini menyangkal laporan portal berita Malaysiakini bahawa seorang tahanan lokap yang mati ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam semalam, ditangkap kerana disyaki menghisap dadah di dalam kilang tempatnya bekerja di Perai, pada 2 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Baharom Abu berkata, sebaliknya, SN Aginraj, 26, bukan bekerja di kilang tersebut dan ditahan oleh pengawal keselamatan serta rakannya kerana mencuri 12 ketul besi di premis itu.

Kata beliau, berlaku pergelutan semasa kejadian sehingga mengakibatkan lelaki tersebut mengalami kecederaan.

"Ketika polis sampai, terdapat kecederaan pada tubuh Aginraj. Aginraj bersama rakannya, N. Mohanraj, 31, kemudian direman pada 3 Jun dan keesokannya, Aginraj dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana diserang sawan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Baharom berkata, pada 6 Jun lalu, Aginraj telah dituduh di Hospital Bukit Mertajam ketika masih menerima rawatan dan dia mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan sebelum diikat jamin sebanyak RM8,000.

"Keluarganya memaklumkan mereka akan mengusahakan untuk mencari wang jaminan dan pada pagi semalam, polis mendapat panggilan bahawa Aginraj telah meninggal dunia di hospital pada pukul 7.05 petang," katanya.


Terdahulu, dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, Baharom mengesahkan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang yang diketuai Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati kematian Aginraj berpunca daripada Hypocix Elcephalopathy Following Epileptic Fits atau sawan yang menyebabkan kesukaran bernafas.

No comments:

Post a Comment