Editor RSF, Benjamin Ismail berkata tindakan saman itu adalah satu "bencana " terhadap kebebasan maklumat di Malaysia.
"Kami kesal perdana menteri telah memilih untuk mengambil tindakan undang-undang dan bukannya menggunakan haknya untuk menjawab," katanya.
Bagaimanapun Benjamin tidak pula mengulas laporan BERNAMA sebelum ini bahawa Najib berbuat demikian atas kapasiti peribadinya dan bukannya sebagai seorang perdana menteri, presiden Umno atau pengerusi Barisan Nasional (BN).
Pun begitu RSF menggesa Najib agar berlapang dada menerima segala kritikan terhadap dirinya dan bukannya mbertindak menyaman Malaysiakini.
Kelmarin, Najib memfailkan saman tehadap Malaysiakini ekoran artikel "A case of the PM reaping what he sows" berkaitan isu hudud dan artikel "How much will Najib spend to keep Terengganu?" berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu.
Artikel itu diletakkan dalam ruangan 'Yoursay' di bawah tajuk utama.
Yoursay adalah himpunan pendapat pelayar internet berhubung sesuatu isu yang kemudiannya diterbitkan tanpa sebarang tapisan.
"Malaysiakini, pada prinsipnya, menyediakan ruang yang cukup untuk mana-mana pihak yang tak puashati untuk menjawab sebarang tulisan yang kritikal atau komen pembaca - satu amalan yang biasa dalam demokrasi yang berkembang maju.
"Dengan tidak menerima tawaran Malaysiakini hak untuk menjawab, Najib dan yang lainya hanya mengukuhkan rasa syak wasangka bahawa pihak yang berkuasa cenderung untuk menutup mulut portal berita itu, yang dikenali sentiasa memperjuangkan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih ," kata jawatankuasa eksekutifnya tersebut.
Pada 3 Jun lalu, Najib dan Umno, melalui setiausaha kerjanya, Datuk Abdul Rauf Yusoh, menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini dan editornya Steven Gan dan Fathi Aris Omar.
Mereka mendakwa kompilasi komen pembaca komen dalam ruang ' Yoursay ' yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu '‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?, berunsur fitnah.
"Kami berhasrat untuk melawan saman itu habis-habisan," kata Gan
No comments:
Post a Comment