Nuffnang

Tuesday, June 10, 2014

Lagi & lagi perkampungan Melayu dihapuskan oleh rejim @cmguaneng @Utaranews @APterkini


Satu notis telah dikeluarkan buat kali ketiga oleh Pejabat Tanah Daerah TIMUR LAUT kepada penduduk Kampung Pokok Assam, Jelutong agar mereka segera berpindah dan mengosongkan perkampungan yang sudah didiami lebih 50 tahun itu. Tarikh akhir kampung tersebut perlu dikosongkan adalah 9 Julai 2014.

Adalah difahamkan pihak pemaju, NOVA MULIA telah MENGARAHKAN PEJABAT TANAH DAERAH TIMUR LAUT agar segera mengusir penduduk Kampung Pokok Assam itu.

Ketika PRK Bukit Gelugor di mana Kampung Pokok Assam merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen itu, usaha menghalau penduduk kampung disenyapkan buat seketika. Malah penduduk kampung juga dijanjikan dengan pelbagai perkara, termasuklah dibenarkan menetap di tapak tersebut selagi mereka membayar cukai tanah.

Biarpun telah diberitahu bahawa segala janji berkenaan adalah BOHONG semata-mata, namun kebanyakan penduduk kampung optimis, Lim Guan Eng dan DAP akan mengotakan janji mereka, apatah lagi keputusan merampas tanah tersebut dan menjualnya kepada pihak pemaju, berada di tangan Kerajaan Negeri.


Dan seperti yang dijangkakan, kemenangan Ramkarpal Singh Deo, anak Karpal Singh dalam PRK Bukit Gelugor turut membawa masalah baru kepada penduduk Kampung Pokok Assam. Mereka tetap dihalau dan kali ini, mereka dihalau seperti anjing kurap.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng sedang berusaha meratakan dan menghapuskan semua perkampungan di Pulau Pinang untuk digantikan dengan pembangunan mewah dan tidak mampu dibeli oleh rakyat Pulau Pinang sendiri. Antara yang kawasan yang menjadi sasaran Lim Guan Eng dan DAP adalah tanah-tanah wakaf yang dokumen hitam-putihnya tidak ada, sebaliknya perwakafan hanya dibuat secara lisan oleh pemilik terdahulu yang sudah lama meninggal dunia. Ketiadaan sebarang dokumen, membolehkan Kerajaan Negeri mendakwa tanah tersebut adalah tanah milik Kerajaan Negeri dan penduduk di atas tanah wakaf tersebut merupakan setinggan yang perlu dihapuskan.

Selain perkampungan, tanah-tanah wakaf juga menjadi tapak kepada masjid, surau dan madrasah, selain turut menjadi tanah perkuburan dan pusat pendidikan awal agama.

Kredit : FB Anti Semua Salah UMNO

No comments:

Post a Comment