Nuffnang

Monday, May 12, 2014

#prkbktgelugor Mat Sabu & Mahfuz Penipu !!! Nabi Bux Masih Ahli PAS @Utaranews @APterkini


Salah seorang calon BEBAS yang sebelum ini dinafikan keahliannya dalam PAS oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar, hari ini menunjukkan bukti bahawa kedua-dua pemimpin PAS yang cukup  kuat menjilat Lim Guan Eng itu adalah penipu.

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar sebelum ini dinafikan oleh Mahfuz Omar dan Mat Sabu sebagai ahli PAS, sebaliknya seorang AHLI UMNO yang berdaftar dengan nombor keahlian UMNO 027003600.

Kononnya, Jawatankuasa PAS Pusat telah menyemak keahlian Mohamed Nabi Bux tetapi tidak menemuinya dalam senarai daftar ahli. Sebaliknya yang ditemui adalah keahlian calon BEBAS tersebut di dalam UMNO. 






Namun, hari ini, lain pula ceritanya. Mohamed Nabi Bux yang ternyata kecewa dengan penafian yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin tertinggi PAS itu berkata, dia faham sekiranya mereka tidak membenarkan dia bertanding atas tiket PAS tetapi apabila mereka menafikan keahliannya dalam PAS, dia berasakan telah dikhianati oleh kepimpinan yang dijunjungnya.

Dua hari lepas, Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Nabi Bux kerana didakwa menyamar sebagai ahli PAS sedangkan dia sebenarnya adalah ahli UMNO.

Namun hari ini, ketika hari penamaan calon, Mohamed Nabi Bux telah membuktikan dia sememangnya ahli PAS yang sah berdasarkan kepada SIJIL KEAHLIAN PAS yang digunakannya untuk mendaftarkan diri sebagai calon PRK Parlimen Bukit Gelugor.


Persoalan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar untuk dirungkaikan. Mohamed Nabi Bux besar kemungkinan menjadi ahli UMNO ketika Kampung Banjar di Gombak masih sebuah perkampungan setinggan dan apabila perkampungan setinggan itu dinaikkan taraf menjadi kawasan perumahan berpangsa, sama seperti kebanyakan Melayu yang lain, mereka akan menyertai PAS atau pun PKR. Daftar keahlian Mohamed Nabi Bux di dalam UMNO masih tidak dipadamkan kerana kepentingan pihak-pihak tertentu seperti Ketua Cawangan mahupun Ketua Bahagian. Manakala keahlian Mohamed Nabi Bux dalam PAS pula terpaksa dinafikan oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar agar tidak menimbulkan kemarahan Lim Guan Eng kerana PAS menghantar seorang ahlinya sebagai calon BEBAS dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Dek kerana itulah, bagi mengelakkan kemarahan Lim Guan Eng, Mat Sabu telah mengisytiharkan Ramkarpal, calon DAP sebagai calon PAS yang memegang lambang DAP. Ramkarpal seperti yang diketahui merupakan salah seorang daripada ceti haram yang turut bergiat sebagai pengamal undang-undang.

Mohamed Nabi Bux kemudiannya dikatakan sebagai ahli UMNO berdasarkan kepada daftar keahlian yang belum 'dibersihkan' oleh UMNO walaupun Mahfuz Omar  mahupun Mat Sabu mengetahui keahlian sebenar Mohamed Nabi Bux
#sijil keahlian Mohamed Nabi Bux





No comments:

Post a Comment