Nuffnang

Wednesday, April 2, 2014

Pemuda UMNO P.Pinang Dedah Rasuah Babitkan Exco Kerajaan Negeri @RRAFIZAL @dzainalabidin @jaharahamid @drnovandri @Utaranews @Apterkini

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan salah guna kuasa seorang pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri , Saudara Rafizal dalam kenyataannya kepada pihak media menyatakan bahawa mereka telah mempunyai cukup bukti serta dokumen bagi menguatkan laporan yang di buat.


Walau bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan segala isi kandungan dokumen-dokumen terbabit memandangkan ianya telah tertakluk di bawah Seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah laporan di buat.

Rafizal sewaktu di temui berkata , laporan ini di buat melalui pihak yang berwajib iaitu SPRM sendiri agar ianya tidak di jadikan bahan oleh sesetengah pihak kononnya Pemuda UMNO punya kepentingan politik.

"Kita mengharapkan agar satu siasatan dapat di lakukan dengan segera memandangkan ianya adalah satu kesalahan melibatkan perolehan". ~UtaraNews.com

nantikan pendedahan yang bakal PBR dedahkan siapakah individu berkenaan yang sekian lama membuat onar. Jangan dok Ingat salahlaku yang anda buat PBR dok buat senyap jer! 


No comments:

Post a Comment