Bluefin 21 Di Turunkan Ke Dasar Laut Setelah The Towed Pinger Locator
Gagal Mencari Kotak Hitam
Pencarian MH370 masuk phasa ke tiga. Setelah isyarat Ping tiada lagi, tompokan minyak kini jadi taruhan untuk dilaporkan di media-media antarabangsa.
Inilah "drama" terbaru dari Australia. Menurut Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston, tompokan minyak tersebut berada pada anggaran 5,550 kilometer dari isyarat "ping" yang dikesan sebelum ini.
Dan seperti biasa, "tompokan minyak" ni akan mengambil masa dua tiga hari untuk diuji. Tapi kita rasa jawapannya ramai yang dah taukan. Tak perlu tunggu dua tiga hari. Bagi kita tompokan minyak bukanlah sesuatu yang ganjil, kerana sudah terlalu banyak kapal peronda yang berada ditempat tersebut. Tumpahan minyak ni mungkin adalah salah satu daripada kapal-kapal tersebut.
Tompokan Minyak Dari Kapal Peronda?
Atau ianya sengaja ditumpahkan oleh salah sebuah kapal-kapal tersebut untuk membuatkan "Drama" pencarian MH370 nampak lebih real. Kalau serpihan MH370 tidak dijumpai dan dikatakan telah tenggelam dalam lumpur dan juga di bawa lari arus yang ganas, mana mungkin tompokan minyak dari MH370 masih kekal disitu. Hmmm..
Sebenarnya kalau dulu, minat kita terhadap kes ni hampir 110%, tapi kini ianya hilang sedikit demi sedikit, kerana terlalu banyak perkara yang mustahil lagi misteri berlaku. Dan kita sendiri tak hairan kenapa ramai yang mempertikaikan kes ini dan sudah tidak berminat untuk mengikutinya. Sedih tapi itulah kenyataannya.
Kepada ahli keluarga yang terlibat, jangan berhenti berdoa. Semoga Allah memberikan petunjuk yang sebenar.
No comments:
Post a Comment