Nuffnang

Tuesday, April 29, 2014

Kondem UMNO 50 tahun tak faham Islam? Tuan Ibrahim Cakap kat batang hidung sendiri



Kuala Lumpur, 29 April. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan bahawa Umno sebenarnya tidak faham hukum Islam walaupun sudah 50 tahun negara mendapat kemerdekaan.

Beliau mendakwa bahawa Umno tidak pernah berbuat apa-apa untuk menjelaskan isu hudud kepada rakyat selama ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengaan Pas didalam isu hudud yang hangat diperkatakan sekarang ini.

"Kita terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang baru nak bagi penjelasan. "Selepas 50 tahun lebih dah merdeka... maknanya Umno tak faham tentang undang-undang Islam," kata beliau.

Muhyiddin ketika lawatannya ke negeri Kelantan baru-baru ini mencadangkan penubuhan sebuah jawatan kuasa untuk meneliti dan memperhalusi pelaksanaan hudud selain mengambil kira aspek perundangan. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penubuhan sebuah jawatan kuasa di peringkat kebangsaan adalah bagi meneliti isu-isu teknikal berkaitan cadangan melaksanakan hudud di negeri Kelantan ini.

Namun begitu, tindakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini membuktikan bahawa Pas juga tidak faham tentang hukum hudud kerana tidak berjaya meyakinkan DAP untuk menerima hukum Islam berkenaan walaupun kedua-dua parti tersebut sudah lama bekerjasama didalam Pakatan Pembangkang
-UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment