Nuffnang

Sunday, April 20, 2014

baguih punya @anwaribrahim dok tunduk depan Mayat Non-muslim @apterkini @utaranews


Baguih punya duk tunduk.kita boleh nilai sendiri dalam gambar tertera diatas dapat kita lihat Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malik Kassim ADUN Batu Maung merangkap Exco Agama Islam dan YB Mansor Othman ahli Parlimen Nibong Tebal. Timbalan Speaker yg juga ADUN PKR Sg Bakap (berbaju Kelabu) iaitu YB Maktar dilihat sedikit berprinsip.

Apa hukum beri  bunga dan tunduk hormat kpd mayat non muslim??

Tunduk tu dah jadi satu hal . Persoalanya kenapa Anwar Ibrahim tidak Pula hadir semasa pengebumian Karpal? Jauh sekali Sembahyang solat Jenazah Armahum Ust. Azizan. Kenapa perlu double standard?
Nampak sangat Anwar Ibrahim ini lebih mengutamakan Politik dari Agama. Yang paling penting Anwar Ibrahim lebih mengutamakan DAP dari PAS.

: Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum menundukkan kepala tanda hormat kepada seseorang. Hukum yang terkuat adalah diantara Makruh Tahrimi dan Haram.
Cuma ada beberapa padangan yang terpencil dan ganjil menyatakan Harus atau Boleh dalam konteks tunjuk hormat, sebagaimana yang disebut oleh Ibn Muflih didalam al-Adaab al-Syariyah. Ibn Hajar al-Haithami mengatakan “ini merupakan bid’ah yang buruk kerana kita disuruh untuk tidak menyerupai oleh kufar”.

Imam al-Buhuti al-Hambali didalam Kasyaf al-Qinaa’ mengatakan perbuatan tersebut tidak disukai; iaitu Makruh dan Ibn Qayyim mengatakan Haram.-


Syeikh Ibn Taimiyah mengatakan adalah haram melakukan sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith al-Tirmudzi, :أنهم سألوه عن الرجل يلقى أخاه ينحنى له ؟ قال : لا“bahawa mereka bertanya kepada Nabi :saw mengenai seorang yang bertemu saudara lelakinya, bolehkah dia menundukkan kepada kepadanya?
Baginda menjawab : TIDAK. “Tambah beliau lagi : Didalam agama kita tunduk atau sujud adalah dilarang kepada sesiapa, melainkan Allah. Malah, dilarang juga seseorang yang bukan Arab berdiri dibelakang orang Arab, maka bagaimana pula dengan hukum tunduk dan sujud? Begitu jugalah tunduk yang sedikit juga dilarang [Majmu’ al-fataawa, 1/377].

Kesimpulannya, pandangan yang lebih berhatihati adalah bahawa tunduk tanda hormat kepada seseorang hukumnya Makruh Tahrimi, melainkan mereka yang berpegang kepada qaul yang terpecil yang membolehkannya.








No comments:

Post a Comment