Al-Qaeda turut terlibat? | Petunjuk baharu yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kemungkinan pesawat MH370 dirampas, dikaitkan pihak yang terlibat meniru gaya kumpulan pengganas al-Qaeda.
Pakar keselamatan Britain yang enggan dikenali berkata, siasatan akan dibuat terhadap kemungkinan perampas mahu melancarkan serangan berani mati seperti al-Qaeda pada 11 September 2001.
Jelas pakar itu, sumber al-Qaeda yang memberitahu sebuah mahkamah pada minggu lalu melaporkan, empat hingga lima rakyat Malaysia merancang untuk merampas pesawat dan menggunakan sebutir bom yang disembunyikan di dalam kasut bagi meletupkan pintu kokpit
“Maklumat itu yang dianggap ‘sahih’ dimaklumkan oleh seorang pengganas Britain yang disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.“Pemberi maklumat itu mendakwa, dia pernah bertemu dengan beberapa anggota kumpulan ektremis dari Malaysia, termasuk seorang juruterbang di Afghanistan dan memberi mereka sebutir bom kasut untuk merampas pesawat,” katanya kepada portal berita The Telegraph. – AGENSI
No comments:
Post a Comment