Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam satu kenyataan di sini berkata maklumat terkini menunjukkan angin yang sedang bertiup itu akan berterusan sehingga Rabu ini (6 Februari).
Menurut kenyataan itu, JMM sedang memantau perkembangan tersebut dan akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa.
Sabtu lepas, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia melaporkan sekurang-kurangnya 14 maut dan tiga cedera ekoran letusan gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara.
No comments:
Post a Comment