Nuffnang

Wednesday, January 22, 2014

Tahniah @shamsuliskandar @anwaribrahim berjaya musnahkan hubungan baik Malaysia-Jepun


1. Cilaka! punya Sam ketot!  buat tahi tengah jalan sorok muka dalam semak!! aku sumpah Sam ketot kalah pemilihan PKR!! kebodohan pemimpin PR membuatkan penuntut-penuntut yang menuntut Jepun terpaksa menerima balasan selepas ini.Jepun bukan calang-calang negara dalam berbagai sektor malah Jepun adalah salah satu negara yg termaju.




2.Kira-kira 3,000 pelajar Universiti Malaya (UM) telah melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam pelbagai bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan pergigian sejak Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan negara pada 1982.


3.Pro-Canselor UM Toh Puan Hajah Dr Aishah Ong berkata dasar itu yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah berjaya mencapai matlamatnya apabila graduan berkenaan memperoleh ilmu, kepakaran dan etika kerja rakyat negara itu."Melalui Dasar Pandang ke Timur, Malaysia sering menjalin kerjasama dengan negara Jepun dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknologi, akademik, penyelidikan dan pengurusan.

4."Ekoran kejayaan dasar ini, kerajaan Jepun memutuskan untuk meningkatkan lagi jumlah pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke universiti di Jepun," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam bagi meraikan pelajar yang menamatkan kursus Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) sesi 2009/2010 di sebuah hotel di sini, pada hari Sabtu.Beliau berkata kompleks Ambang Asuhan Jepun (AAJ) di Pusat Asasi Sains, UM yang dihadiahkan negara Jepun pada tahun 1982 melambangkan kerjasama erat dua negara.


5."Para pelajar perlu jelas tentang matlamat penghantaran mereka meneruskan pengajian ke Jepun. Sesungguhnya, semua pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengikuti pengajian persediaan di Ambang Asuhan Jepun adalah pelajar terpilih untuk meneruskan pengajian ke Jepun,"

6.AAJ menawarkan kursus dalam bidang kejuruteraan, perubatan, pergigian dan farmasi dengan pelajar perlu mengikuti kursus persediaan selama dua tahun.

7.RPKJ dijalankan secara kerjasama di antara Pusat Asasi Sains UM, JPA dan kerajaan Jepun.Para pelajar yang terpilih merupakan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka perlu mengikuti kursus intensif bahasa Jepun dan mata pelajaran asas sains dan sosial selama dua tahun untuk memenuhi keperluan peperiksaan sebelum layak memasuki universiti-universiti di Jepun.


No comments:

Post a Comment