Nuffnang

Wednesday, January 29, 2014

SPR - #PRKajang Satu Pembaziran @najibrazak @dzainalabidin @drnovandri @khairykj


PUTRAJAYA 28 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan sebagai sesuatu yang tidak wajar, membazirkan wang rakyat serta membuang masa dan tenaga.

Tindakan tersebut menyebabkan badan bebas itu terpaksa memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2 juta bagi melaksanakan pilihan raya kecil untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kos tersebut tidak termasuk untuk perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh agensi-agensi lain seperti polis, tentera, pihak media dan parti-parti politik.

Tegas beliau, walaupun peletakan jawatan Chin Cheh adalah sah dari segi undang-undang, dari segi moral dan politik, bekas ADUN PKR itu diharap dapat menjadi wakil rakyat untuk tempoh lima tahun.

“Kecualilah kalau meninggal dunia, sakit kuat atau tenat atau sebab-sebab lain di bawah artikel 48 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan seseorang wakil rakyat itu hilang kelayakkan.

“Pilihan raya kecil ini akan berlaku di Kajang iaitu sebuah bandar yang agak besar, sudah tentu melibatkan kos yang tinggi berbanding di Terengganu atau Kedah, kita terpaksa berbelanja untuk sesuatu yang tidak wajar dan dari segi moralnya tidak betul,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peletakan jawatan Chin Cheh tanpa alasan semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan spekulasi bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi DUN Kajang pada pilihan raya kecil itu nanti.

Abdul Aziz seterusnya berkata, pengundi di Kajang perlu membuat keputusan bijak dalam pilihan raya kecil tersebut kerana mereka adalah raja yang memutuskan kemenangan seseorang calon.

“Bagi SPR kita terpaksa adakan pilihan raya kecil sebab wakil rakyat yang diharapkan berkhidmat sehingga 2018 telah meletakkan jawatan selepas tidak sampai setahun dipilih.

“Setiap wakil rakyat yang bertanding dan menang seharusnya sedar bahawa kemenangan dan kepercayaan telah diberikan oleh pengundi-pengundi mereka,” katanya.

Adalah tidak wajar seseorang wakil rakyat mengecewakan pengundi, sebaliknya perlu berkhidmat sehingga akhir tempoh lima tahun melainkan meninggal dunia atau sakit tenat.






Pemuda UMNO berpendirian Barisan Nasional (BN) mesti bertanding pada Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah ianya dikosongkan- Khairykj

BN juga mesti bertanding sebagai bantahan terhadap anwar yangg mempermainkan demokrasi dan amanat rakyat sesuka hati demi kepentingan agenda individu.

PBR- Formula baru Ketua Pemuda UMNO cadangankan amat baik pada pandangan PBR mengenai calon PRK Kajang tidak terikat dengan formula calon lepas. memilih sesiapa saja calon  dari mana-mana parti BN atau individu bebas asalkan calon terbaik untuk Barisan Nasional.

NORA BAGI 4 Bintang!!


























No comments:

Post a Comment