SHAH ALAM - Susulan laporan yang disiarkan beberapa media mengenai penurunan harga petrol RON95 untuk golongan berpendapatan rendah, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin tampil menangkis dakwaan itu.
Khairy yang dipetik dari laman mikro Twitternya berkata, beliau telah menghubingi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menteri itu menafikan perkara itu.
"Saya semak dengan Tengku Adnan, dia tak cakap RON95 akan dijual kepada orang miskin.
"Jangan 'spin' cerita tak betul," kata Khairy.
Awal pagi tadi, media melaporkan, Tengku Adnan telah mengumumkan satu mekanisme baru akan diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun ini bagi membolehkan bahan bakar RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.
Tengku Adnan dilaporkan berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja.
Dalam pada itu menurut laman mikro yang sama, Tengku Adnan turut meluahkan perasaan tidak senang dengan laporan media mengenai isu RON95 tersebut.
Katanya yang dipetik berkata, "...sedih dengan orang yang suka sensasikan cerita, suka fitnah, suka bawa cerita, suka mengata, mana sifat ketimuran kita, mana agama kita, sedih.
"Kenapa tak faham yang dicakap kita, kita cakap 'rationalisation fiscal' tentang subsidi untuk rakyat yang memerlukan bukan kaya," tulisnya.
SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ron95-hanya-untuk-golongan-miskin-tidak-benar-1.243921
PETALING JAYA: Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95."
Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
"Malah negara-negara jiran dari Singapura dan Thailand dan juga warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya.
Beliau berkata pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.
"Walaupun perkara ini telah dicdangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya," katanya selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di sini.
"Kami sedang melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah-masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara," katanya.
SUMBER : http://mstar.com.my/berita/cerita.as...c=mstar_berita
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete