Sultan Johor Beli Plat Nombor W1N dengan harga RM748 000
Sultan Johor sekali lagi membuat kejutan mengenai No Plat termahal di Malaysia ketika ini! Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjaya memenangi tender no Plat W1N dengan harga RM 748,000.00.
Jika anda beranggapan no plat yang mahal untuk kereta yang mahal ternyata ada silap besar. Sultan Ibrahim telah meletakkan no Plat W1N pada kereta Proton Suprima S. Jauh lebih murah daripada harga no plat itu sendiri!
Namun, menurut Sultan Ibrahim dalam akhbar The Star, baginda tidak kisah membayar sebegitu mahal kerana tahu wang itu akan disalurkan kepada rakyat juga.
"Beta diberitahu ada beberapa bidders yang berminat untuk plat W1N"
"Beta tak kisah membayar plat number itu kerana Beta tahu jumlah bayaran itu akan disalurkan kembali kepada rakyat"
Tambah Sultan Ibrahim lagi, baginda bukanlah seorang yang melanggar procedure untuk mendapatkan sesuati. Ia adalah sifat orang Johor untuk membayar apa yang dikehendaki kerana setiap orang perlu ada peluang yang adil.
Pada bulan Mei tahun lalu, Sultan Ibrahim turut memenangi tender No Plat WWW1. Ketika itu ramai yang mempertikaikan tindakan baginda Raja termasuk pemimpin politik Pembangkang.
"RM520K utk no plate www1, Xkan nak letak kat kereta proton atau motor kut?" Kata YB Nizar memperlekeh pembelian no plat itu.
Namun, tanpa disangka tweet YB Mohammad Nizar menjadi troll di media sosial apabila baginda Sultan Ibrahim yang meletakkan No Plat WWW1 pada kereta Proton Satria Neo.
No comments:
Post a Comment