Nuffnang

Saturday, January 11, 2014

Ariel Sharon Disahkan Mati Setelah Koma 8 Tahun


Setelah 8 tahun berada dalam koma, bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon akhirnya menghembuskan nafas pada Sabtu lepas dalam usia 85 tahun. Anak Sharon, Gilad mengumumkan berita kematiannya itu di Pusat Perubatan Sheba berhampiran Tel Aviv, tempat di mana Sharon dirawat.

"Dia telah tiada. Dia telah memutuskan untuk 'pergi' meninggalkan kita."

Pakar perubatan telah menjangkakan ia (kematian) akan berlaku selepas rekod kesihatan Sharon sejak seminggu lalu mengalami kemorosotan yang amat ketara.

Jurucakap hospital, Dr Shlomo Noy berkata, "Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer dengan ini mengumumkan bahawa En. Ariel Sharon telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya sejam yang lalu." - irishtime.com

Terdahulu, Sharon dimasukkan ke hospital 8 tahun lalu akibat terkena angin ahmar. Kemudian, dia yang mengalami kegagalan fungsi organ tidak lagi dilihat di khalayak ramai sejak dari itu. 

Untuk rekod, dia digelar sebagai penyembelih umat Islam di Palestin berikutan tragedi berdarah Sabra & Shatila pada tahun 1982 dan beberapa siri peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel. 

P/S: Nak mati pun susah ... dah mati? Lu fikirla sendiri!

No comments:

Post a Comment