Nuffnang

Saturday, January 25, 2014

Apa mungkin @mparitbuntar akan ingkar keputusan Ulama PAS?? @APterkini


KUALA LUMPUR 25 Jan - Golongan bukan Islam diingatkan untuk tidak menafsirkan atau menterjemah kalimah 'Allah' pada mana-mana kitab agama mereka bagi menggantikan perkataan God atau Lord.


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Tuhan bagi setiap agama adalah berlainan maka untuk mentafsirkan 'Allah' bagi mentafsirkan God dalam bahasa Melayu adalah tidak berpatutan.

Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta," katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Jelas Nik Aziz, Islam dan Kristian mempunyai fahaman berbeza dan Tuhan pada kedua-dua agama adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” ujarnya.

Beliau kemudiannya mengulangi pendirian Majlis Syura PAS yang masih berdiri teguh untuk melarang golongan bukan Islam mentafsirkan kalimah Allah mengikut kefahaman agama mereka.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya.



Apa mungkin ketetatap yang akan dibuat Ahli PArlimen Parit Buntar Kali ini??  Musyidul Am PAS sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa golongan Non Muslim Disaranakan tidak menterjemah perkataan GOD/LORD kepada ALLAH.

Moga Allah beri hidayah pada Ahli Parlimen PBR ini yang PBR tengok makin lalai mempertahankan akidah umat Islam. Sudah lebih 100 hari pemerintahan Mujahid ini tiada apa yang mujahid ini lakukan untuk masyarakat Parit Buntar. Haayalah retorik kosong!! itu bezanya pilih orang yang suka cakap dalam gereja berbanding orang yang ingin menabur bakti pada rakyat tempatan.
( mungkin dia tiada jiwa nak menolong warga Parit Buntar, almaklumlah bukan anakjati Parit Buntar, adakah dia kisah?? ?

PBR mohon sangat-sangat YB mujahid ini dapat twist balik pendapat mengenai pengunaan kalimah Allah. Tak rugi Aih mengakui kesilapan sendiri. Insyallah demi kesatuan ummah, mujahid akan diangkat sebagai hero yang mengakui kesilapan.


 Adakah Mujahid rela akidah umat Islam digadaikan?? WAIT N SEE
satu lagi adakah Mujahid akan Ingkar keputusan Nik Aziz secara terang-terangan.


























1 comment:

  1. nik aziz dah buat 'u turn' walaupun tak kata mengaku tersilap. kita terimalah tu, tanpa prejudis. yang mujahid ni pulak apa hal, ayahanda beliau dulu ajar apa. kenapa degil dan terus2an bebal tak mahu rujuk kepada yang lebih arif dan lebih senior? balik semula kepada perjuangan asal pas. bukan untuk menarik seberapa ramai sokongan bukan islam dgn meliberalkan pas tetapi untuk keagungan Islam itu sendiri.

    ReplyDelete