Siapa yang tidak mengenali Ally Iskandar, seorang penyampai, pengacara dan kini seorang penerbit yang amat disegani di dunia penyiaran.
Beliau juga merupakan seorang suami kepada wanita yang bernama Farah Lee.
Dengan populariti beliau yang begitu hebat, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab mangambil kesempatan.
Menggunakan kemasyhuran beliau, sebuah page Facebook telah dibina dengan menggunakan nama beliau Ally Iskandar dan kini memiliki hampir 470 ribu pengikut!
PAGE PALSU
Memang dasyat dengan penangan Ally Iskandar ini.
Apa yang menariknya mengenai Fan Page Ally Iskandar ini adalah status-statusnya kebanyakan berkisar mengenai perkara-perkara fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan. Perkara-perkara yang tidak masuk akal untuk dibuat oleh seorang pekerja di sebuah syarikat yang sentiasa menjadi wadah penyampai maklumat berkaitan kerajaan.
Dan terbukti page berkenaan bukan dikendalikan oleh Ally Iskandar sendiri, malah adminnya pun tidak dikenali sama sekali. Isteri Ally Iskandar, melalui pagenya juga telah beberapa kali memberi penjelasan mengenai status-status dari page palsu Ally Iskandar itu bukan dari pihak mereka.
Beliau mendakwa telah beberapa kali cuba menasihati admin berkenaan tetapi telah diblock dan komennya dipadamkan. Walaupun ianya situasi asam garam kehidupan artis, Farah Lee menegaskan tindakannya itu adalah untuk menjaga maruah dan kehormatan suaminya dari terus difitnah.
PAGE ORIGINAL FARAH LEE
No comments:
Post a Comment