Nuffnang

Thursday, December 19, 2013

Terkini : Suspek Hasut Himpunan Gulingkan Kerajaan dicari @PDRMsia @APterkini




Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember akan datang tampil segera membantu siasatan.

Pihak Polis memerlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

Pihak Polis memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 *C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan atau perkara yang cuba dilakukan pihak penganjur.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut diminta menghubungi Asisten Superintendan N Krishnamoorthy di talian 03-22666178 atau 019-29992694 bagi membantu siasatan.





No comments:

Post a Comment