Telefon bimbit suspek dirampas, dan semakan rekod mendapati suspek mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau dan positif dadah.
Hasil risikan dan maklumat pihak polis telah berjaya merampas pelbagai jenis T-Shirt di sebuah rumah di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan. Pemeriksaan dijalankan mendapati T-Shirt tersebut mempunyai cetakan berunsurkan hasutan yang boleh menimbulkan provokasi.
Berikutan itu polis telah merakam percakapan seorang lelaki berumur 37 tahun untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun polis masih melakukan siasatan lanjut. - FB PDRM Selangor
No comments:
Post a Comment