Nuffnang

Monday, December 16, 2013

Penjelasan KWSP Isu Bantuan Wang Kematian RM2500 Yang Digembar Gemburkan Ketika Ini




KWSP nafi tak beri RM2,500 kepada waris ahli yang mati

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan yang kini tersebar melalui e-mel yang kononnya agensi itu gagal memberi bantuan sebanyak RM2,500 kepada ramai waris ahli KWSP yang meninggal dunia.


 Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, dakwaan yang disebarkan melalui e-mel tersebut bertujuan memburuk-burukkan imej KWSP dan kerajaan.

 "Waris ahli KWSP layak diberi bantuan kematian sebanyak RM2,500 jika cukup syarat kerana ia antara faedah menjadi ahli KWSP.

 "Kami sering menghebahkan bantuan ini kepada orang ramai, malah waris yang datang membuat pengeluaran KWSP diberi borang untuk memohon bantuan itu," kata beliau.

Anda boleh baca Artikel sebelum ini.  <<KLIK SINI>>



No comments:

Post a Comment