Nuffnang

Tuesday, December 17, 2013

LAGI luahan hati Ustaz Kazim

Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.

Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.



Kelmarin Ustaz Kazim menyatakan luahan hati di Facebook apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.

“Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg (yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi),” katanya.

“Ada yang agak ***** dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji,” katanya.

“Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah,” katanya.

Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

No comments:

Post a Comment