Nuffnang

Tuesday, December 24, 2013

Dalang Longgokan 250 tan sampah dikenal pasti & ditamatkan kontrak sertamerta

Syarikat Umpan Jaya yang bertanggungjawab longgokan timbunan sampah di MRR2


 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengesahkan kontraktor yang bertanggungjawab melonggokkan kira-kira 250 tan sampah di bahu jalan MRR2 di Taman Beringin Kepong pada Sabtu adalah Syarikat Umpan Jaya.

Susulan insiden itu, operasi kontraktor berkenaan telah dihentikan dan Alam Flora Sdn Bhd ditugaskan menguruskan pelupusan sampah sehingga kontraktor baru dilantik 1 April depan.

Menurut Ahmad Phesal pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan kerajaan Tempatan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kontraktor yang bertanggungjawab.

Dalam pada itu, langkah sementara diambil Alam Flora untuk menghantar terus sisa-sisa pepejal dari Kuala Lumpur ke Pusat Pelupusan Sisa pepejal sanitari di bukit tagar.

Stesen pemindahan sisa pepejal taman beringin dijangka akan mula beroperasi semula menjelang 30 Disember selepas kerja-kerja membaik pulih kerosakan mesin pemampat dilakukan.


Operasi stesen pemindahan sisa pepejal taman beringin 'lumpuh' pada Sabtu apabila mengalami kerosakan mesin pemampat menyebabkan lori-lori sampah bertindak melonggok sampah di bahu jalan sejak malam Jumaat dan mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk di jalan utama berkenaan.

1 comment: