Nuffnang

Wednesday, December 11, 2013

@cmlimguaneng enggan minta maaf! @datoJahara nenek tua yang Rasis!



Ketua pembangkang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang melabelnya "racist grandmother" atau nenek rasis sebagai biadab dan tidak sopan.

Beliau yang sangat kecewa dengan label itu mahu Ketua Menteri memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.

"Lim tidak sepatutnya merendah kaum wanita dan perkataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Ketua Menteri.



"Itu adalah satu penghinaan kepada semua wanita di dunia ini dan saya mahu Lim memohon maaf," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam laporan akhbar hari ini, Lim telah melabel Jahara sebagai seorang nenek rasis kerana membawa isu perobohan gerai-gerai makanan tidak berlesen yang didakwa dilaksanakan secara tidak adil dalam persidangan DUN semalam.

Sementara itu, Jahara berkata kerajaan negeri pimpinan DAP telah bersikap

"berat sebelah" dengan perbezaan layanan dalam meroboh gerai-gerai makanan tanpa lesen di negeri ini.
Katanya, terdapat empat restoran "makanan laut" yang besar telah beroperasi di tanah milik kerajaan negeri di Jalan Bagan Ajam yang berada tepi pantai namun tiada tindakan perobohan dilakukan.


"Restoran seafood berkenaan dibina dengan konkrit tetapi hanya diberi kompaun setahun sekali sebaliknya seorang makcik yang berniaga di depan rumahnya di Persiaran Gurney, gerainya telah diroboh tanpa diberi sebarang notis minggu lepas," katanya.

Beliau berkata keempat-empat restoran makanan laut itu dibina di satu bangunan kekal tetapi mereka hanya dikenakan kompaun.
"Ini satu tindakan yang tidak telus dan kurang adil dan saya berharap Lim dapat memberikan penjelasan yang munasabah," katanya. - BERNAMA


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Jahara Hamid kerana menggelar ketua pembangkang negeri itu sebagai "nenek".

Bagaimanapun, kata Lim, beliau akan tetap menggelar pemimpin Umno itu sebagai rasis.

NONEIni kerana, kata setiausaha agung DAP itu, Jahara (kiri) bertindak menyemarakkan api perkauman dan agama dalam kenyataannya berhubung nama Pulau Jerjak dan tindakan terhadap pengusaha di Pantai Bersih, Butterworth.

"Seandainya ketua pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja," katanya.

Dalam kenyataannya daripada Komtar, Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, Jahara berbohong apabila mendakwa beliau meluluskan penukaran nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazhu (seorang dewa Cina) kerana meluluskan tokong Mazhu.

"Pembohongan ini memainkan sentimen agama sedangkan Pulau Mazhu ini tidak wujud pun," katanya.

Sementara itu, dalam itu Pulau Bersih pula, Lim berkata, Jahara sengaja tidak menyebut bahawa tiada tindakan diambil terhadap lebih 4 pengusaha gerai Melayu tanpa lesen dalam kawasan itu.

"Jelas sekali tidak wujud pilih kasih seperti yang didakwa," katanya.

Sombong dan Egois nya si Ketua menteri Pulau Pinang. taknak mengaku kesalahannya memang nyata si Ketua menteri. PBR hilang daya hormat kepada si Tokong ini kerana sewenang wenangnya melemparkan tuduhan kepada ketua pembangkan seorang rasis!! memang melampau.

PBR bayangkan Si ketua menteri mahu di Amput seperti Jeff Oi sebelum ini baru dia akan minta maaf.
Jika begini sikap Guan Eng, memang pemimpin di kalangan DAP adalah pemimpin yang paling celaka dalam Malaysia ini. sekian!! 





No comments:

Post a Comment